Pemakanan

PEMAKANAN

 

a.      Kepentingan pemakanan:

 

·         Mengekalkan kesihatan

          Memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul

          Sistem pertahanan tubuh dan fungsi badan stabil/sempurna

          Membentuk sistem imun tubuh untuk bertindak terhadap patogen dan parasit

 

·         Memenuhi  keperluan pertumbuhan

          Pertambahan saiz tubuh melibatkan pertambahan bahan interselular, lapisan baru pada kulit dan pengembangan sel

          Proses pertumbuhan memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan vitamin

 

·         Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan

          Pengeluaran dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan

          Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa

          Faktor makanan yang  berkait dengan pembiakan adalah aras tenaga, kandungan protein, mineral dan vitamin

          Aras tenaga tinggi mempercepatkan umur kematangan seks dan meninggikan kadar kebuntingan

 

b.      Kelas makanan

 

·         Jenis nutrien:


          Karbohidrat

          Lemak

          Protein

          Mineral

          Vitamin

          Air

          Aditif

 


 

      Fungsi nutrien

 

·         Karbohidrat

          Diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan

          Sumber – gula, molases dan kanji.

          Kekurangan – tumbesaran terencat dan berat badan berkurangan

 

·         Lemak

          Sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit, sebagai penebat haba dan sebagai pelarut vitamin.

          Sumber –  minyak dan daging hancur.

          Kekurangan – ternakan lesu dan kurus.

 

·         Protein

     Untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran  

      susu, pembekal tenaga dan pembentuk enzim

          Sumber – kacang soya, kacang tanah, daging hancur dan ikan.

          Kekurangan    menyebabkan kurus, lemah, peka kepada aflatoksin, terencat tumbesaran dan kecekapan penukaran makanan menurun

 

·         Mineral

          Untuk menjalankan fugsi badan dengan sempurna

          Untuk keperluan tisu  badan, bendalir badan, tulang dan gigi.

          Jumlah mineral yang diperlukan bergantung kepada jenis ternakan dan peringkat penternakan.

 

·         Vitamin

          Untuk mengatur proses badan bagi menjamin tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan.

 

·         Air

          Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan – bahan ke seluruh anggota badan.

          Air yang diambil bergantung kepada suhu dan kelembapan udara persekitaran

          Kekurangan air menyebabkan peningkatan suhu badan, gangguan metabolisme tubuh, merencatkan tumbesaran dan penurunan pengeluaran.

 

·         Aditif

          Bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan

          Contoh – antibiotik, vitamin, hormon dan mineral

 

 

 

c.      Sistem pencernaan

Ruminan

 

Organ

Fungsi

Rumen

·         Simpan makanan

·         Menukar selulos kepada protein dan vitamin melalui proses fermentasi

Retikulum

·         Menyimpan air

·         Melakukan regurgitasi

·         Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum

Omasum

·         Menyimpan makanan yang telah dikunyah

·         Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki abomasum

Abomasum

·         Melakukan proses pencernaan sebenar

·         Mengeluarkan asid hidroklorik, pepsin dan rennin

·         Asid hidroklorik untuk membunuh bakteria dan protozoa

·         Hidrolisis protein

 

 

Bukan ruminan

 

Organ

Fungsi

Paruh

·      memecah makanan / mematuk makanan

·      merembes air liur

Esofagus

·      menyalur makanan ke tembolok

Tembolok

·      menyimpan makanan untuk sementara

Proventrikulus

·      merembeskan enzim

Hempedal

·      mengisar makanan

·      merembes enzim pencernaan

·      menyerap nutrien

·      menyerap air

Pankreas

·         merembes enzim penghadaman

Hati

·         menyerap bahan toksik

·         merembes hempedu

Pundi hempedu

·         menyimpan cecair hempedu

Usus

·         pencernaan makanan

·         serap zat makanan

Sekum

·      penapaian selulosa

·      menyerap air

Kloaka

·         mengeluarkan tinja

 

Perbandingan sistem pencernaan haiwan ruminan dengan bukan ruminan

 

Sistem pencernaan ruminan

Sistem pencernaan bukan ruminan

Dapat mensintesis vitamin B kompleks dan K dengan bantuan mikrob

Vitamin B Kompleks dan K perlu diperolehi daripada makanan tambahan

Perut mempunyai empat bahagian iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum

Perut mempunyai satu bahagian

Dapat melakukan ( regurgitasi) pemuntahan semula makanan untuk dikunyah lumat

Tidak dapat melakukan regurgitasi

Proses pencernaan sebenar berlaku di abomasum

Proses pencernaan sebenar berlaku di dalam usus.

Bahan Makanan Ternakan

·         Foraj

o        Tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan  untuk ternakan ruminan.  Mengandungi fiber yang tinggi tetapi rendah kandungan nutrien

o        Terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

 

                        a) Kekacang

            Mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak   

             kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara.

                             – Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

 

                        b)  Rumput ternak

           – Sumber makanan yang paling murah.

           – Terbahagi kepada jenis kelompok ( Guinea, Napier dan Setaria) dan jenis 

              menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal )

 

o        Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara foder ( rumput  dipotong dan diangkut ) dan pastura ( rumput yang diragut )

 

·         Foder

o        Rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut

o        Diberi dalam bentuk segar atau awetan

o        Foder awetan seperti rumput kering dan silaj

 

·         Pastura

o        Rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut

o        Amalan ragutan secara sistem pusingan atau sistem ragutan jalur

 

·         Konsentrat /pati

o        Makanan ternakan yang mengandungi fiber yang rendah  tetapi tinggi nutriennya.

o        Di dapati daripada bijirin, sisa makanan dan bahan tambahan makanan.  Boleh didapati dari kelapa sawit, padi, koko, nanas dan sebagainya.

 

 

       Perbandingan foraj dan konsentrat

 

Perkara

Foraj

Konsentrat

Kandungan serat (fibre)

Tinggi

Rendah

Nutrien

  Hanya sebahagian

  Boleh ditambah aditif

   makanan

Lengkap

Penyimpanan & Pengendalian

  Perlu ruang yang besar dan   

   luas

  Silaj mudah rosak akibat

   bakteria

-Mudah disimpan dan diberi kepada ternakan.

-Konsentrat yang tinggi lemak mudah diserang kulat

Kos

Murah

Mahal

Bentuk pemberian

Segar atau awetan

Until,wafer,kiub dan pellet dsb

Ketersediaan

Mudah diperolehi

Bergantung kepada bekalan dan permintaan

Sumber

Semulajadi dan ditanam seperti rumput,kekacang dan tumbuhan renek

Sisa tumbuhan,haiwan dan industri yang diproses

 

e.    Rumput Baik Pilih

 

o        Merupakan rumput pastura yang mempunyai ciri-ciri yang baik seperti pengeluaran hasil yang tinggi, nilai nutrien yang tinggi, ketahanan yang tinggi, kecernaan yang baik dll.

 

o        Contoh rumput baik pilih – Napier, Guinea, Setaria dan Digitaria

 

 

o        Ciri rumput baik pilih

 


·         Pengeluaran hasil yang tinggi

  contoh rumput Napier dan Guinea mengeluarkan hasil yang tinggi

 

·         Digemari ternakan

  mempunyai daun lembut, segar, berperisa dan mudah dihadam

 

·         Nilai nutrien yang tinggi

  membekalkan tenaga untuk proses metabolisme yang tinggi

 

·         Jenis saka

  jangka hayat panjang, dapat kurangkan kos penanaman semula

 

·         Ketahanan tinggi

  tahan suhu tinggi, tahan dipijak, tahan ragutan melampau, tahan 

   serangan perosak

 

 

·         Kecernaan yang baik

  kandungan air tinggi dan tisu lembut

 

·         Cepat bertindak balas terhadap baja nitrogen

  pertumbuhan yang cepat bila di beri baja nitorgen

 

·         Kadar daun kepada batang tinggi

  mudah diragut, kandungan nutrien tinggi


 

f.     Catuan Makanan Ternakan

 

·         Merupakan pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul

·         Makanan tambahan diperlukan pada peringkat betina sedang bunting, sedang menyusukan dan anak baru bercerai susu.

 

·         Nisbah penukaran makanan ( NPM )

  Ialah unit pengeluaran ( contohnya pertambahan berat badan ) yang

   diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan.

  NPM dipengaruhi oleh baka dan kualiti makanan yang diberi.

  Tujuan mengira NPM adalah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu  ternakan

 

               NPM         =      Jumlah makanan di makan  

                                     Jumlah pertambahan berat badan

 

  Contoh jika NPM = 2.25 : bermakna 2.25 unit berat makanan dapat ditukar kepada

   1 unit berat badan

  Semakin rendah nilai NPM, semakin cekap penukaran makanan.  

                  

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: