KESIHATAN
a. Kepentingan kesihatan ternakan
· Mengurangkan kadar kematian
– Kelembapan tinggi menyebabkan kematian ternakan kerana serangan penyakit sistem pernafasan
– Kadar kematian anak tinggi kerana kurang keupayaan
antibodi melawan patogen,parasit dan gangguan persekitaran
· Mencapai tumbesar dan pengeluaran maksimum
– Kecekapan penukaran makanan kepada tenaga, lemak dan susu
– NPM yang rendah
· Mengelak jangkitan penyakit dari ternakan lain
– Ternakan akan sihat jika sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi dengan baik
· Mendapatkan penukaran makanan yang optimum
– Jika ternakan sihat pencernaan dan penyerapan makanan adalah sempurna
a. Simptom ternakan sakit
· Tiada selera makan
· Cirit birit
· Suhu badan tinggi
· Mata kuyu / berair
· Tidak aktif
· Pengeluaran hasil berkurangan
· Bulu kasar dan kusut
· Penurunan berat badan
c. Punca penyakit ternakan
· Serangan patogen dan parasit
– contoh patogen dan parasit adalah seperti di bawah
Patogen
Patogen |
Penyakit |
Ternakan |
Virus |
Penyakit kuku dan mulut Newcastle/Ranikhet/Sampar Bronkitis Puru |
Lembu/kerbau Ayam Ayam Ayam |
Bakteria |
Koriza Pullorum Brucellosis |
Ayam Ayam Ayam |
Protozoa |
Koksidosis |
Ayam |
Kulat |
Aspergillosis Candidiasis |
Kambing Kambing |
Parasit
Endoparasit |
Penyakit |
Cacing pita Cacing pipih Cacing gelang |
Anemia, adema dan cirit |
Ektoparasit |
Penyakit |
Cengkenit Kutu Hama Lalat rumah Lalat kerbau |
Keracunan, lumpuh dan anemia Gatal, anemia dan kurus Gatal dan kurap Kurang selesa Pengeluaran susu kurang, luka |
· Kekurangan nutrien
– menyebabkan kurang daya tahan penyakit
– ternakan perlu makronutrien dan mikronutrien
Makronutrien |
Mikronutrien |
Kalsium Fosforus Magnesium Natrium Kalium Klorin |
Kuprum Kobalt Ferum Mangan Selenium Zink |
· Kecederaan fizikal
– sebab pemangsaan sejenis, serangan binatang liar, terjatuh atau tertusuk benda tajam
– luka pada kulit luar menyebabkan terdedah kepada serangan patogen
· Kecacatan kongenital
– kecacatan sejak lahir seperti buta atau bilangan anggota tidak normal
– sebab kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom pada peringkat janin
· Pencemaran makanan dan minuman
– terjadi pada ternakan yang meragut bebas atau yang diberi makan konsentrat
yang kaya lemak
– termakan bahan beracun seperti mimosin, hidrogen sianida dan oksalat
d. Cara pencegahan dan pengawalan penyakit
· Kuarantin
– menahan sementara atau asing ternakan dari negera asing
– mencegah kemasukan penyakit eksotik seperti kuku dan mulut, antraks, rabies,
rinderpest dan selsema burung
– mencegah penyakit berjangkit kepada haiwan tempatan dan orang awam
· Penghapusan
– jika serangan kronik/teruk, ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan
– ternakan dibunuh dan bangkainya ditanam atau dibakar
– untuk elak patogen merebak kepada ternakan lain
· Pemvaksinan
– vaksin ialah antigen untuk meransang perkembangan antibodi ternakan
– antibodi akan menyerang patogen yang masuk ke dalam badan
– dihasilkan dari kultur bakteria atau virus
– diberi secara suntikan subkuteneus, calaran pada otot atau dicampur dalam
makanan
Ternakan |
Penyakit |
Jenis vaksin |
Cara beri |
Ayam |
Sampar/Ranikhet |
Ranikhet F |
Titis dalam mata atau hidung |
Puru |
Fowl Pox |
Cucuk pada sayap |
|
Lembu |
Kuku dan mulut |
Bivalent O dan Asia-1 |
Suntikan di bawah kulit |
Brucellosis |
S19 |
Suntikan bawah kulit anak betina |
· Penggunaan baka yang resistan
– gunakan baka tempatan seperti lembu KK atau baka kacukan KK dengan lembu
temperat seperti Friesien
– baka ini tahan terhadap himpitan iklim, patogen dan parasit
· Pengawalan vektor
– vektor seperti lalat, tikus, lipas dan burung
– vektor ini membawa patogen seperti virus, bakteria dan kulat
– kawalan secara amalan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat
pencegah
· Amalan sanitasi
– jaga kebersihan reban dan alatan
– lakukan program pembasmian kuman
– bersih tinja, air kencing atau sisa makanan
– jaga kebersihan persekiran reban/kandang
· Penakaian
– asing ternakan berpenyakit dari kumpulanya
– elak penyakit berjangkit
– setelah sihat, masukkan semula ke dalam kumpulannya
· Pemberian makanan seimbang
– makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan
– mengandungi semua kelas makanan
– tubuh yang sihat dapat menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit
e. Bahan untuk merawat penyakit
· Antiseptik
– antiseptik ialah bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan
bakteria penyebab penyakit
– antiseptik luaran – untuk merawat luka atau kudis
– antiseptik dalaman – untuk merawat infeksi (jangkitan) usus dan urinari
· Antibiotik
– antibiotik ialah hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bakteria
– digunakan untuk mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk
– diberi secara suntikan atau sebagai aditif dalam makanan
– contoh : tetramisin, galimisin dan aureomisin
· Racun cacing
– contoh racun cacing : albendazol, fenbendazol dan ivermektin
– cara pemberian: pemberian secara mulut, suntikan melalui kulit atau otot, aditif
dalam makanan, genut dan kapsul lepas lambat
· Racun parasit luar
– bahan kimia untuk mengawal dan membunuh ektoparasit
– cara racun digunakan : semburan, celupan, sapuan, suntikan dan mandian
– contoh racun : BHC, Asuntol dan Retenone
Leave a comment