Iklim

IKLIM

 

a.      Unsur iklim yang mempengaruhi ternakan

·         Suhu

·         Kelembapan

·         Cahaya

 

b.      Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan

 

·         Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. 

·         Dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan:

          secara langsung

          secara tidak langsung

 

·         Kesan iklim secara langsung

 

                                             i.      Perlakuan semasa meragut

          Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan

          Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh

          Jangka masa meragut kurang

 

                                           ii.      Pengambilan makanan

          Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan  berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan

 

                                          iii.      Tumbesaran

          Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

 

                                          iv.      Pengeluaran hasil

          Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi

          Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging

 

                                            v.      Pembiakan

          Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin

          Kadar penetasan telur menurun

 

·         Kesan iklim secara tidak langsung

 

                                             i.      Penghasilan bahan makanan ternakan

          Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj dan akan menambahkan bahan makanan ternakan

          Iklim lembap menggalakkan serangan kulat Aspergillus flavus pada makanan ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin

          Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan ternakan

 

 

                                           ii.            Serangan parasit dan penyakit ternakan

          Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit

          Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan

 

                                          iii.            Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan

          Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan telur

          Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan apabila kelembapan tinggi.

          Hasil cepat rosak dan busuk

          Embrio mati dan telur tidak menetas jika suhu tinggi

 

 

c.      Cara mengurangkan kesan himpitan iklim

 

·         Mengadakan perumahan yang sempurna

          Melindungi ternakan dari serangan musuh, mengawal penyakit dan parasit

                               serta iklim yang melampau

          Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik

      (pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan

          Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah

      tiupan angin

 

·         Menanam pokok naungan

          Melindungi ternakan dari pancaran terik matahari, memberi oksigen dan

      menyediakan tempat ternakan berehat

 

·         Mengamalkan ragutan pada waktu malam

          Waktu malam suhu sekitar turun

          Mengurangan tekanan semasa haiwan meragut

          Haiwan meragut rumput lebih banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik

 

·         Memilih baka yang toleran terhadap haba

          Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi

          Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau baka kacukan  KK dengan baka Freisien

 

·         Memberi makanan bernutrien tinggi

          Menampung kekurangan zat makanan kerana kurang mengambil makanan

      ketika suhu tinggi

          Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan

          Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat

      pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: