Genetik

GENETIK

 

a.      Ciri ternakan yang dikehendaki

 

·         Cepat membesar

             cepat dipasarkan dan tempoh pusingan singkat

             kos makanan dan penjagaan dapat dikurangkan

 

·         Cepat mengeluarkan hasil

             cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur

             tempoh beranak yang cepat

        contoh: pengeluaran susu pertama lembu Freisian ialah 33 bulan dan lembu 

          Friesian – LID ialah 38 bulan

             lembu daging perlu ambil masa singkat untuk membesar dan menggemuk

 

·         Berupaya melahirkan banyak anak

  kadar bunting tinggi, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh

   bunting semula cepat

·         Hasil tinggi

           – pengeluaran daging, susu atau telur tinggi

             tempoh laktasi lama, contohnya tempoh laktasi lembu Friesien ialah 200 hari

 

·         Hasil berkualiti

             hasil karkas yang tinggi bagi ternakan pedaging

             telur ayam :  saiz, bentuk, warna telur, mutu isi dan tebal cengkerang yang baik

 

·         Kecekapan penukaran makanan yang baik

             makanan ditukar kepada bentuk  daging, telur dan susu dengan cekap

             penukaran yang cekap menjimatkan kos pengeluaran ternakan

 

·         Resistan terhadap penyakit

             resistan terhadap serangan parasit dan penyakit tropika

             contoh : lembu Brahman dan LID resistan terhadap endoparasit

             lembu LID juga resistan terhadap penyakit tropika

 

·         Toleran terhadap persekitaran

             tahan pancaran cahaya matahari berlebihan/terik, tekanan haba dan kelembapan

               tinggi

  contoh : lembu baka KK tahan suhu dan kelembapan tinggi manakala lembu 

          Brahman tahan tekanan haba

 

 

b.      Kaedah pembiakbakaan

 

·         Pembiakbakaan kacuk

– bermaksud pembiakan antara dua baka berlainan contohnya baka Bos indicus

  dengan baka Bos taurus

             kelebihan pembiakbakaan kacuk

o        Pencapaian anak lebih baik dari induk

o        Tahap kecergasan anak lebih tinggi daripada purata prestasi induk  

       (heterosis)

o        Ciri kemandirian yang tinggi

 

·         Pembiakbakaan seturunan

  bermaksud pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan   

   kekeluargaan yang rapat / atau antara ternakan yang mempunyai hubungan 

   genetik yang  rapat

           contoh pengawanan anak dengan ibu atau induk jantan dengan anak betina

 

           kelebihan :

o        Mengekalkan ciri dalaman baka

o        Mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam

               kekurangan :

o        Pengurangan kecegasan

o        Penurunan keupayaan membiak

 

 

c.      Sistem pembiakan ruminan : organ dan fungsi

 

·         Jantan

 

Organ

Fungsi

Testis

·         Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis

·         Mengeluarkan hormon testosteron

Skrotum

·         Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis

Epididimis

·         Mematang, memekat dan menyimpan sperma

·         Sebagai saluran keluar sperma daripada testis

Vas deferens

·         Sebagai saluran keluar sperma daripada epididimis

Pundi sperma

·         Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma

Kelenjar prostat

·         Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral

Kelenjar Cowper

·         Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretra

Uretra

·         Saluran keluar semen

Zakar

·         Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

 

 

·         Betina

Organ

Fungsi

Ovari

·         Mengeluarkan ovum

·         Mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron

Oviduktus

·         Menghubungkan uterus dengan ovari

·         Menerima ovum

Tanduk rahim

·         Tempat ovum tersenyawa

Uterus / rahim

·         Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan

·         Menampung perkembangan zigot

·         Menyediakan nutrien untuk perkembangan zigot

·         Merembeskan hormon prostaglandin

Serviks

·         Menyalurkan sperma ke dalam uterus

·         Saluran kelahiran anak

·         Mengeluarkan lendir semasa estrus

·         Tempat pemancutan semen

·         Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting

Faraj

·         Menyalurkan semen

·         Saluran kelahiran

Vulva

·         Mengelilingi bukaan faraj dan uretra

 

 


 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

           Tanda biang (estrus)

 


·         Membenar dirinya dipanjat

·         Vulva merah dan bengkak

·         Terdapat mukus di vulva

·         Selalu terkencing

·         Sentiasa menegakkan ekor

·         Mengasingkan diri

·         Kurang selera makan

·         Gelisah dan membising

 

 

d.      Teknik pembiakan

 

·         Pengawanan semulajadi (in-vivo)

 

       Maksud : pejantan dan betina dibiarkan bersama (mengawan)

                      semasa tempoh estrus untuk  menghasilkan kehamilan

 

 

Perbandingan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi

dengan permanian beradas

 

Teknik pembiakan

Kelebihan

Kekurangan

 

Pengawanan semulajadi

·         Tidak memerlukan kepakaran manusia

          pengawanan berlaku dengan sendirinya apabila betina estrus

          lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus

 

·         Penternak tidak perlu mengesan estrus

 

          lembu jantan dapat   mengenal pasti lembu betina yang estrus dan melakukan pengawanan

          kerja mengesan lembu estrus adalah sukar jika bilangan ternakan banyak

 

 

·         Baka pejantan terpilih sukar ditentukan

          pengawanan berlaku tanpa pengawasan penternak

          penternak tidak tahu dengan lembu jantan mana betina telah mengawan

 

·         Kadar pejantan dengan betina terhad

 

          pejantan tidak mampu mengawan dengan banyak lembu betina yang estrus dalam satu-satu masa

          banyak lembu penjantan diperlukan jika lembu bertina banyak

 

·         Pejantan rakus menyebabkan lembu betina cedera

 

          penjantan akan terus mengawan dengan lembu betina yang sedang estrus

          kerakusan penjantan menyebabkan betina cedera seperti cedera atau luka pada bahagian belakang dan faraj

 

·         Seekor penjantan dapat melakukan permanian hanya pada seekor betina dalam satu masa

 

          kemampuan penjantan adalah terhad

          penjantan dapat mengawan dengan seekor betina sahaja pada satu masa

 

·         Data pembiakan sukar ditentukan

 

          kerana penjantan bergaul dengan lembu betina, pengawanan berlaku dengan bebas

          petani tidak dapat mengesan penjantan yang telah mengawan dengan lembu betina

 

·         Perlu kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri

 

          untuk hasil baka baru perlu import baka dari luar negeri

          mengimport baka pejantan dari luar negeri memerlukan kos yang tinggi

          penternak perlu menampung kos membeli, membawa dan menyelenggara baka penjantan yang diimport

 

 

Permanian beradas

 

·         Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan

 

          anak yang dilahirkan dikenal pasti keturunannya

          sumber semen telah dikenal pasti bakanya

 

·         Mudah menghasilkan baka baru

 

          boleh import semen beku baka baik dari luar negeri

          kos import semen lebih murah

          boleh mendapat semen dari baka jantan terpilih

 

·         Betina tidak cedera kerana kerakusan baka penjantan

 

          baka penjantan tidak digunakan

          hanya perlu menyuntik semen pada lembu betina

·         Kos pengendalian murah

 

          tidak perlu simpan baka pejantan, hanya simpan semen beku

          baka pejantan tidak perlu dipelihara

          semen boleh diimport

 

·         Penggandaan pembiakan cepat berlaku

 

          semen beku boleh disuntik kepada beberapa betina yang estrus serentak

          banyak kelahiran serentak atau hasil banyak anak lembu yang sebaya

 

·         Perlu kemahiran suntik semen

 

          kemahiran menyuntik semen menentukan kejayaan permanian beradas

          penternak tidak mahir melakukan suntikan semen

          masih memerlukan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan

 

·         Perlu kemahiran memerhati/mengesan estrus

    

          estrus berlaku dalam masa yang singkat sahaja iaitu 8 – 12 jam

          kegagalan mengesan estrus menyebabkan permanian beradas tidak boleh dilakukan

          perlu menunggu pusingan estrus seterusnya

 

·         Tidak dapat mengesan kecacatan penjantan

 

          kecacatan baka penjantan hanya dapat dilihat bila anak lembu dilahirkan

          jika semen tersebut telah digunakan pada banyak lembu, lembu-lembu lain pun akan turut cacat

 

 

      

                                                                       

e.      Permanian beradas (in-vitro)

 

 Maksud :  menyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk   

           betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette 

           (French Gun)

 

·         Langkah permanian beradas

 

                                i.            Penyediaan semen

 

o        Mengumpul semen

  dua cara

  mengurut kelenjar vaskular bagi ternakan kecil seperti ayam dan  itik

  menggunakan faraj palsu bagi ternakan seperti lembu dan kambing

 

o        Mencair semen

  untuk mendapat isipadu semen lebih banyak

  boleh disuntik pada banyak induk betina

  bahan pencair seperti sitrat kuning telur, posfat kuning telur, susu segar    

   dan santan kelapa

 

o        Menyimpan semen

  mengisi dalam straw , dengan isipadu 0.25 ml atau 0.5 ml yang

   mengandungi 23 juta sperma

  dicetak pengenalannya

 

 

                              ii.            Penyuntikan semen

 

·         Pemilihan induk betina

 

          pilih induk betina yang estrus

          pasung

 

·         Mengenyah beku semen

 

          rendam dalam air suam bersuhu 35 oC

          masukkan straw ke dalam pistolette

 

·         Menyuntik semen ke dalam serviks

 

          pasung lembu

          Masukkan tangan melalui dubur untuk mengesan serviks

          kesan kedudukan uterus dan tanduk uterus

          bersih bibir faraj

          masukkan pistolette ke dalam faraj

          suntik semen ke uterus dan tengah serviks

          bersih alatan

          lepas lembu dan beri makan

                                                                                                                                                                       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: