Komputer

5.1 KOMPUTER DALAM PERTANIAN

Kegunaan perisian

Jenis perisian Kegunaan kepada peladang
Pangkalan data • Simpan rekod pelanggan atau pembekal
• Simpan rekod ternakan, peralatan ladang dan pekerja
Atucara anti virus • Lindung maklumat dari diganggu/dirosakkan
Persembahan grafik • Persembahan pencapaian lading dalam bentuk carta/graf
• Untuk promosi produk
Hamparan elektronik • Sedia belanjawan
• Hitung anggaran pendapatan dan perbelanjaan
• Analisis kewangan projek
Pemprosesan perkataan • Menyediakan kertas kerja projek
• Menyediakan laporan ladang

Faedah penggunaan komputer

1. Menyimpan banyak maklumat
– disimpan dalam medium penyimpan data atau medium storan
– medium storan seperti cakera liut, cakera padat, cakera video dan cakera keras

2. Mengakses maklumat dengan segera
– boleh mendapat maklumat yang disimpan dalam medium storan dengan segera
– sumber dari dalam dan luar negeri melalui talian internet

3. Mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik
– bentuk grafik meliputi graf, gambar foto dan warna
– komputer menjadi alat promosi, rekreasi dan pendidikan yang berkesan dan digemari
– mempersembahkan imej maya reka bentuk lanskap

4. Memproses data / melakukan pengiraan dengan cepat dan tepat
– dapat menyempurnakan kerja dalam masa yang singkat
– banyak aktiviti dapat dilakukan dalam satu tempoh masa
– meningkatkan produktiviti ladang

Penggunaan komputer dalam pertanian

1. Menyimpan dan memproses maklumat / data ladang
– menggunakan perisian pemprosesan perkataan
– melakukan kerja menaip
– kerja cepat dan mudah disiapkan
– maklumat yang dimasukkan boleh diproses, disunting, dikemas kini, disimpan dan diperolehi semula dengan cepat

2. Menyediakan laporan ladang
– disediakan oleh pengurus untuk diteliti oleh pihak pengurusan dan pentadbiran
– untuk permohonan pembiayaan / pinjaman
– menggunakan perisian pemproses perkataan, pangkalan data, persembahan grafik dan hamparan elektronik

3. Menggunakan perisian tertentu untuk mereka bentuk
– mereka bentuk pelan kawasan ladang atau bangunan
– menggunakan perisian seperti LANDCADD atau AUTOCAD
– menyediakan fomulasi makanan ternakan menggunakan perisian pengatucaraan linear seperti Diary Champs

Peranan teknologi maklumat dan perhubungan

• mendapat dan menghantar maklumat
• komunikasi antara individu atau organisasi melalui rangkaian komputer
• melalui INTERNET kita boleh mendapat:
1. pelbagai maklumat di perpustakaan maya
2. berhubung dengan pantas melalui mel elektronik
3. membuat promosi dan pengiklanan barangan/produk dan perkhidmatan

Mengakses internet

1. Internet – satu jaringan yang menghubungkan komputer di seluruh dunia
2. Berhubung antara satu sama lain untuk bertukar maklumat
3. Internet juga menyediakan mel elektronik (e-mail), berita dan perkhidmatan maklumat pada kos yang rendah
4. Laman web – laman yang dibentuk oleh individu atau organisasi untuk memberi maklumat atau berurusniaga dengan pihak lain
5. Contoh laman web yang berkaitan dengan pertanian : http://www.geocite.com/Rainforest/2249
6. Ciri maklumat yang dipilih dari internet
a. Sahih b. Terkini c. Tiada bahan lucah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: