Pengawalatur

PENGAWALATUR PERTUMBUHAN

 

Takrif : Pengawalatur pertumbuhan ialah bahan kimia semula jadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan tumbesaran pada kepekatan rendah.

 

 

Kesan Pengawalatur Pertumbuhan

 

Jenis

Bahan pengawalatur

Kesan umum

 

Auksin

 

 

·asid indol asetik(IAA)- semulajadi.

·Asid naftalena asetik(NAA) dan asid indol-butirik (IBA)-sintetik.

·2,4-D

·2,4,5-T

·MCPA.

 

·Fototropisme (pucuk bergerak kearah cahaya).

·Geotropisme (akar bergerak kearah graviti).

·Kedominanan apeks (pucuk utama lebih dominan daripada tunas sisi).

·Pembentukan bunga.

·Kejadian dan pembentukan buah.

·Pembentukan akar adventitus (akar sisi )

 

 

Sitokinin

 

 

·Benziladenina.

 

 

·Merangsang pembahagian sel.

·Digunakan dalam kultur tisu

·Mengawal proses tua.

 

Giberelin.

 

 

·      Asid giberelik (GA)

 

·Menggalak pembahagian sel.

·Menggalak pemanjangan sel.

·Atasi kedormanan biji benih.

·Menggalak percambahan biji benih.

 

Etilena

 

.

 

·Ethephon.

·Ethrel.

 

·Merangsang pemasakan buah.

·Merangsang penuaan, dan kematangan tisu.

·Merangsang percambahan biji benih.

·Merangsang pengeluaran lateks

 

Perencat pertumbuhan

 

 

·Asid absisik(ABA)

·Alar

·B-9

 

·Menyebabkan kedormanan biji benih.

·Melambatkan keguguran daun, bunga dan buah.

 

 

Kesan pengawalatur pertumbuhan

 

1.      Mempengaruhi pembungaan

            dipengaruhi oleh auksin dan giberelin

            auksin merencatkan pembentukan bunga

            giberelin mendorong pembentukan bunga

 

2.      Mempengaruhi kemasakan buah

            dipengaruhi oleh etilena

            gas etliena mempercepatkan kemasakan buah

            gas etilena yang dikeluarkan oleh pisang masak mempengaruhi kemasakan pisang yang                                  lain

 

3.      Meningkatkan hasil

            gas etilena dari kalsium karbida meningkatkan hasil nanas

            ethephon dan ethrel menambahkan pengeluaran lateks getah

 

4.      Mengawal pertumbuhan vegetatif

            perencat pertumbuhan seperti Alar dan B-9 merencatkan pertumbuhan apeks/tunas pucuk

            auksin dan giberelin membantu pertumbuhan akar dan pucuk keratan batang

 

 

Penggunaan Pengawalatur

 

1.  Aruhan pembungaan

·Menggunakan auksin

·Merancang pengeluaran bunga pada masa permintaan tinggi

 

2.  Pengurusan tapak semaian

·Menggunakan perencat pertumbuhan seperti Alar, B – 9 dan Maleik Hidrazida

·Kawal pertumbuhan supaya masa mengubah dapat disesuaikan mengikut keadaan

 

3.  Penghasilan tumbuhan rendah

·Pengawalatur digunakan pada tanaman hiasan supaya tumbuh rendah.

·Boleh simpan banyak pokok dalam sesuatu kawasan dan bentuk pokok digemari pembeli

 

4.  Pengurangan kos pemangkasan

·Pokok lambat mengeluarkan dahan, pokok kerdil, rendah

·Pemangkasan tidak perlu dijalankan

·Kos kerja pemangkasan dapat dikurangkan

·Contoh pokok kopi dan koko

 

 

Penggunaan hormon / bahan kimia sintetik

 

Hormon

Kegunaan

Gas etilena

·Cepat kemasakan buah

·Meningkatkan hasil buah nanas

·Ethephon – tingkat penghasilan lateks getah

Asetilena

·Asetilena terhasil bila kalsium karbida + air

·Memeram pisang dan mangga

NAA

·Membantu pembungaan mangga

·Mempercepatkan pengakaran keratan

2,4-D dan 2,4,5-T

·Menambahkan pengeluaran lateks pada kepekatan rendah

·Diguna sebagai racun rumpai pada kepekatan tingggi

Perencat pertumbuhan

·Hasil tumbuhan rendah

·Pengubahan anak benih disesuaikan dengan keadaan

·Contoh : Alar dan B-9

 

 

 

 

%d bloggers like this: