Iklim

junjungfotosintesis2fotosintesis1

IKLIM

 

2.1      PENGENALAN –  Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan ialah

       iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan

2.2    IKLIM Unsur iklim   ialah  cahaya, suhu, hujan dan angin

 

Cahaya

 

Kesan cahaya    Fotosintesis dan Kefotokalaan                      

 

                                               

                                                                                                                                                                     

a.      Fotosintesis

·          Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.

·          Proses ini berlaku dalam kloroplas.

·          Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.

                                  6CO2       +        12H2O               C6H12O6  +  6H2O  +  6O2

                                  (dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji)

 

·          Fotosintesis terdiri dua peringkat:

                                             i.            Tindak balas cahaya

     memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.

       menghasilkan NADPH

 

 

                                            ii.            Tindak balas gelap

       berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .

       berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin

       menghasilkan karbohidrat

 

·          Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:

 

                        i.      Keamatan cahaya / intensiti cahaya

     kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah 

                          ii.      Suhu

                                           suhu bertambah kadar fotosintesis bertambah hingga had tertentu

                          iii.       Gelombang cahaya

     gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses

        fotosintesis

       gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap  oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam tindak balas cahaya.          

       jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan  lampu pendarflour

b.      Kefotokalaan

 

·          Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam

·          Reaksi samada tampang atau berbunga.

·          Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.

·          Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi

·          Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.

·          Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.

 

 

 

          Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan

 

1.       Keluasan permukaan daun

·          lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat menjalankan fotosintesis.

2.       Susunan daun

·          tegak – lebih banyak daun terdedah kepada cahaya

·          susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya

3.       Topografi

·          merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.

·          permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya matahari

·          bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.

                4.   Naungan

·          mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.

·          untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam

·          naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.

 

Sokongan kayu tunggal

·         lada hitam

Sokongan kayu junjung

·         kacang panjang

Sokongan berpara

·         peria

·         petola

Sokongan berpagar

·         tomato

Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum

 

1.       Memilih tapak yang sesuai.

·          kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar

2.       Menanam pada jarak yang sesuai.

·          mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya

·          penggunaan tanah secara maksimum.

·          Corak penanaman – sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang

3.       Menyediakan sokongan.

·          supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang

optimum

·          sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak pokok baru ditanam

4.       Mengawal rumpai.

·          mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang

5.       Membekalkan cahaya tiruan.

·          Lampu pijar

       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.

       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap

·          Lampu pendaflour

       bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.

       penggunaan tenaga elektrik yang cekap

6.       Menanam tanaman selingan.

·          gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam

       tanaman jangka pendek

·          dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari

·          tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh

7.       Mencantas.

·          membuang bahagian tumbuhan yang tidak  diperlukan.

·          tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima

              oleh daun di bahagian dalam

 

                                                                                                                                                                                                                                               

Suhu

 

Kesan suhu

 

1.       Percambahan biji benih

·          suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.

·          suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih

2.       Transpirasi

·          Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.

3.       Kualiti hasil

·          hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah

·          suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama

4.       Fizikal tumbuhan

·suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan  tanaman

 

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai

 

1.       Memilih tapak yang sesuai

·          tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis

·          tanah rendah, suhunya  tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah

2.       Menyediakan naungan

·          untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu

·          untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam

·          bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dll

3.       Menyediakan sungkupan

·          melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari

·          mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah

·          suhu tanah menjadi rendah

 

Hujan (air)

 

Kesan air

 

1.       Fotosintesis

·          air kurang – liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2 tidak boleh memasuki daun

·          kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah

 

2.       Penyerapan dan translokasi nutrien

·          air sebagai pelarut utama nutrien

·          air sebagai medium untuk tindak balas biokimia

·          pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui xilem

·          bahan tersintesis di daun diangkut  dari daun ke bahagian lain melalui floem

·          kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku

 

3.       Transpirasi

·          proses sejatan air melalui stoma  dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun

·          ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang

 

 

4.       Kesegahan sel

·          air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya

·          kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum

 

 

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:

 

1.       Melakukan pengairan yang sesuai

·          membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman

·          contoh pengairan seperti  sistem pengairan titisan dan percikan

2.       Melakukan penyaliran yang sesuai

·          mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman

·          untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup

·          contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari

3.       Menanam pada masa yang sesuai

·          elak kemarau atau banjir

·          tanam pada permulaan musim hujan

 

 

Angin

 

                   Kesan angin

 

1.       Transpirasi

·          angin bertiup – kadar transpirasi bertambah

2.       Pendebungaan

·          memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.

3.       Penyebaran penyakit dan perosak

·          tiupan angin memindahkan spora kulat ke pokok-pokok lain

·          contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.

·          serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat  bungkus.

4.       Fizikal tumbuhan

·          kerosakan secara mekanik ke atas tanaman –          contoh pokok tumbang, dahan patah, daun terkoyak dll

 

 

Amalan elak kerosakan oleh ribut

1.       Adang angin

·          menanam pokok besar   di sekeliling ladang

2.       Memilih tapak

·          elak daripada menanam pokok pisang dan sesetengah klon getah di kawasan

      yang mengalami tiupan angin kencang

3.       Menyediakan sokongan

·          untuk mengelak pokok mudah tumbang terutama anak pokok

·          membina struktur sokongan untuk pokok-pokok besar yang ditanam semula

      dalam landskap

4.       Menanam pada jarak yang sesuai

·          menanam pada jarak yang sesuai menghasilkan tanaman kuat dan tegap

      supaya tidak mudah tumbang ditiup angin

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 34 other followers

%d bloggers like this: