Genetik

GENETIK

 

Pengenalan

 

1.       Genetik – kandungan kromosom yang membawa sifat-sifat warisan organisma yang dikenali sebagai gen.

2.       Pembiakbakaan – proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik tanaman supaya ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki diperolehi.

3.       Klon – sekumpulan tumbuhan dibiak secara aseks daripada pokok induk yang sama

 

Ciri tumbuhan yang dikehendaki

 

1.       Cepat mengeluarkan hasil

·          tempoh matang yang singkat.

·          cepat dapat hasil dan cepat memasarkan hasil

·          membolehkan tanaman pulangan berganda

·          contoh durian D 99 mempunyai tempoh matang 90 hari

2.       Hasil yang tinggi

·          memenuhi keperluan makanan penduduk

3.       Hasil berkualiti

·          kualiti dari segi kelazatan, kandungan gula, kandungan nutrien, warna dan bentuk yang seragam.

·          mendapatkan pasaran yang baik

4.       Resistan (tahan) terhadap penyakit dan perosak

·          tanaman mampu menghalang perkembangan patogen dan serangan perosak.

·          tanaman mempunyai ciri tertentu seperti duri dan bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak

·          jimat kos kawalan penyakit dan perosak

5.       Bernilai estetik

·          nilai estetik seperti warna, bentuk, atau aroma.

·          hasil menarik perhatian pembeli

·          contoh warna rambutan merah digemari

 

Kaedah menghasilkan varieti baru

 

1.       Mengenalpasti baka yang berpotensi

·          Menyediakan populasi tumbuhan berbagai sifat

·          Jenis tumbuhan dikenalpasti – varieti yang sedang ditanam, tumbuhan dari jenis yang sama dan tumbuhan liar di tempat asal

2.       Melakukan pemilihan

·          Pokok induk daripada populasi tumbuhan yang diperkenalkan

·          Ada sifat varieti asal

·          Pemilihan dilakukan setelah : –  Kesan sifat yang dikendaki

     Banding prestasi pokok dengan pokok lain

·          Pemilihan mudah untuk tumbuhan terdebunga sendiri kerana bahan genetik tulin dan ciri seragam

3.       Melakukan pengacukan

·          Gabungkan bahan genetik daripada dua pokok induk

·          Hasil kacukan pokok induk dikenali sebagai hybrid

4.       Menguji generasi F 1

·          Anak pokok generasi pertama hasil kacukan kedua pokok induk yang sama bahan genetik

·          Generasi F 1 – prestasi lebih baik daripada kedua induk dijadikan biji benih

 

 

Kaedah menghasilkan varieti baru

1.  Mengenalpasti baka yang berpotensi

2.  Melakukan pemilihan

3.  Melakukan pengacukan

4.  Menguji generasi F 1

Pembiakan

 

(a)     Kaedah seks :        gunakan biji benih

 

(b)     Kaedah aseks :      gunakan bahagian tampang

                                      Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman,

                                      organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.

 

Kaedah seks

 

1.      Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan

          untuk membentuk embrio

2.      Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah

3.      Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik

 

Kaedah aseks

 

1.      Keratan

·          Cepat dan mudah dilakukan

·          Bahan penanaman seragam

·          Menggunakan bahagian batang, daun dan akar

·          Jenis keratan ;             a. Kayu hijau/separa keras – dua hingga 6 buku

b. kayu keras – saiz lebih panjang

 

2.      Tut/markot

·          Kaedah mengakar dahan pada pokok induk

·          Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll.

·          Kelebihan tut :              – bahan genetik sama dengan induk

·          Kelemahan tut :           – bilangan bahan tanaman terhad

– tidak sesuai dijalankan pada dahan tua

– pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker  

  batang

– tiada akar tunjang

 

3.      Cantuman

·          Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru

·          Kelebihan :             – mempunyai akar tunjang

– hasilkan baka baru

– banyak mata tunas diperolehi

·          Kelemahan :         – perlu kemahiran

·          Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll

 

4.      Organ penyimpanan

 

Organ penyimpanan

Contoh

Bebawang

 bawang

Stolon

Rizom

 rumput Bermuda

 halia

Umbisi

 keladi, pisang, Gladiolus

 

5.        Pembahagian rumpun

·          Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam

·          Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll

 

6.        Kultur tisu

·          Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril

·          Medium cecair steril – air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin

·          Pokok yang dihasilkan dinamakan klon

·          Tisu dikultur dinamakan kalus

·          Tisu eksplan diambil dari sel meristem

·          Medium pepejal steril – terdiri daripada medium cecair steril dan agar – agar

·          Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar.

·          Contoh : tanaman orkid dan pisang

 

 

Bandingbeza

 

 

Membandingbeza  pembiakan seks dengan pembiakan aseks.

 

Perkara

Pembiakan seks

Pembiakan aseks

Cara pembiakan

Menggunakan biji benih

Menggunakan / cara

– keratan, tut, cantuman, organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu

Kandungan genetik

Berbeza daripada pokok induk

Sama dengan pokok induk

Tempoh berbunga atau mengeluarkan hasil

Lama/lambat

Singkat/cepat

 

 

                Membandingbeza tut dengan cantuman.

 

Cantuman

Tut

·            Baka yang diperlukan diambil daripada  mata tunas atau keratan pucuk pokok terpilih.

·            Cantuman tunas membolehkan lebih

        daripada satu mata tunas diperolehi

·                                    Mempunyai akar tunjang, pokok tidak  mudah tumbang.

·            Sebahagian daripada dahan pokok    

terpilih  didorong untuk mengeluarkan akar  sebelum diasingkan daripada pokok induk.

·            Satu bahan menanam sahaja  

        diperoleh daripada dahan yang    

         dirawat.

·            Tidak mempunyai akar tunjang.

 

 

 

 

%d bloggers like this: