Pertanian di Malaysia

BAB 1     PERTANIAN DI MALAYSIA

 

                         

1.1      Kepentingan Pertanian di Malaysia

 

a.      Pengeluaran bahan makanan

·         Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk

·         Kurang kos import bahan makanan

·         Memenuhi keperluan keselamatan negara

 

b.      Pengeluaran bahan mentah

·         Bahan mentah untuk keperluan industri

·         Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.

 

c.       Pendapatan eksport

·         Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.

·         Sumber aliran masuk wang asing

·         Meningkatkan KDNK Negara

 

d.      Peluang pekerjaan

·         Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar

·         Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan

 

                                 

 

1.2    Tanaman dan Ternakan di Malaysia

 

Tanaman

Kawasan utama

Kelapa sawit

 

·         Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)

·         Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)

·         Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)

·         Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)

·         Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)

 

Getah

·         Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah

 

Koko

·         Perak (Teluk Intan)

·         Selangor (Sabak Bernam)

·         Johor (Batu Pahat, Muar)

Kelapa

·         Selangor (Sabak Bernam)

·         Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)

·         Johor (Batu Pahat)

·         Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)

·         Sarawak (Mukah, Kucing)

Padi

·         MUDA (Kedah-Perlis)

·         Dataran Kelantan

·         Seberang Perak

·         Krian-Sungai Manik

·         Barat Laut Selangor

 

 

 

Sayuran

 

·         Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang

 

Buah-buahan

·         Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat

·         Rambutan – P. Pinang, Muar

·         Limau – Jerantut, Ulu Terangganu

·         Limau bali – Ipoh

 

Teh

·         Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang

·         Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding

 

Tebu

·           Kedah (Padang Terap)

·           Perlis (Chuping)

 

Kopi

·           Kedah – Kopi Robusta

·           Cameron Highlands – Kopi Arabica

 

Florikultur

·           Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor

 

Lembu dan Kerbau

·           Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang

 

Kambing & biri-biri

·           Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan

 

Ayam

·            Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai

 

Khinzir

·            Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak

 

 

 

 

1.2.1        Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan

                                 

a.      Faktor Iklim

 

·         Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.

·         Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.

·         Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

 

b.      Faktor Sejarah

 

·         Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.

·         Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.

                    – Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir

                   – Imigran India membawa masuk lembu LID

·         Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan

 

c.       Faktor Ekonomi

 

·         Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan

·         Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.

·         Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air  dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.

 

 

 

 

d.      Faktor Dasar Kerajaan

 

·         Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3

·         Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.

·         Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian

·         Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum

·         Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik

 

 

1.3  Trend Pertanian Di Malaysia

 

a.      Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

 

·         Matlamat      untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.

 

·         Faedah         menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan

                     menambah pendapatan petani

                     mempelbagaikan ekonomi negara

                                  meluaskan pasaran hasil pertanian

 

·         Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh,  buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

 

b.      Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

 

·         Matlamat     untuk mendapatkan pendapatan eksport

                    untuk memperolehi tukaran wang asing

 

·         Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros

 

·         Masalah pemasaran:

 

          Cukai import lebih tinggi

          Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport

          Kos penghantaran yang tinggi

          Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan

 

 

c.       Hubungkait pertanian dengan pelancongan

 

·         Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian

·         Contoh program agrotourism  seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.

·         Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.

 

 

 

 

 

 

d.      Hubungkait pertanian dengan landskap

 

·         Landskap            pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan

 

·         Perlandskapan    kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia

 

·         Tujuan    menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan

·         Contoh –  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.

 

 

e.      Ladang kontrak

 

·         Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)

 

·         Tujuan –   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap

 

·         Faedah:

 

Pengusaha Pertanian

Pembeli

          Tidak bimbang pemasaran hasil

          Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan

          Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli

          Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan

          Mendapat bekalan pada harga dipersetujui

          Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan

 

·         Contoh ladang kontrak  – ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel

 

 

f.        Penggabungan ladang kecil

 

·         Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet

·         Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

·         Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada

·         Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran

·         Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka

·         Tujuan –    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui   

                        pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.

 

g.      Perhutani

 

·         Maksud                  Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama

                                               Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu                                          kawasan

·         Tujuan                    memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber                                       pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal

·         Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang

 

·         Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:

          Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.

          Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.

          Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.

          Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.

          Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.

          Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.

 

 

 

1.4     Isu Pertanian Di Malaysia         

 

a.      Produktiviti

 

·         Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang               maksimum.

·         Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:

 

                                       i.      Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap

– input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir 

  dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi

 

                                     ii.      Daya pengeluaran yang rendah

– permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah

– hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu

 

                                    iii.      Saiz ladang terlalu kecil

– keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang  

  ekonomikal

                        – hasil rendah

 

                                    iv.      Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan

– petani kurang menggunakan teknologi moden

                        – cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah

                            baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam

                            penanaman sayur-sayuran.

 

                                      v.      Perubahan cuaca dan iklim

– kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti 

 

·         Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:

 

                                       i.      Ladang kelompok

           ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan            penggunaan sumber sedia ada.

                       Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet

                       Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

 

                                     ii.      Perladangan campuran

           menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan                                 penanaman.

                                   dapat menambah pendapatan petani

contoh  :  menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit

                                    iii.      Penggunaan teknologi

           kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman                  yang berkualiti  dan tahan penyakit dalam masa singkat.

           guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan

 

                  iv.   Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.

 

b.      Ketidakstabilan harga

 

     Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.

     Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil   

      pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.

     Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.

     Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.

 

     Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:

          Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos

          Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan

          Menghapuskan penggunaan orang tengah

          Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling

          Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan

 

 

c.       Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru

 

·         Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.

·         Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi

 

·         Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :

          mengadakan lawatan ke kebun

          memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan

          penggunaan media massa secara meluas / kempen

 

 

d.      Pendidikan Dan Latihan

 

·         Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.

·         Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.

 

·         Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan

          menggiatkan aktivti latihan untuk petani

          memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan

          memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian

 

 

e.      Penghijrahan Penduduk

 

·         Hijrah dari desa ke bandar

·         Kerana faktor:

                                                   i.      Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden

                                                 ii.      Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko

·         Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien 

 

 

 

 

·         Langkah mengatasi penghijrahan penduduk

          membawa industri ke desa / buka kilang di desa

          menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial

 

f.        Pencemaran Alam Sekitar

 

·         Punca pencemaran:

          sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit

          sisa toksik dari racun makhluk perosak

          asap dari pembakaran

          pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan

          penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian

          hakisan kawasan penanaman

 

·         Cara mengatasi pencemaran:

          guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman

          guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar

          penguatkuasaan undang-undang

          mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik

 

g.      Kekurangan Buruh

 

·         Punca kekurangan buruh:

          penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk 

          golongan muda berhijrah ke bandar

          pendapatan kurang lumayan

          pulangan pertanian rendah

          perusahaan pertanian berisiko

          perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar

 

·         Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :

          Penggunaan teknologi baru

          Penggunaan mekanisasi ladang

          Aplikasi  bioteknologi

          Pertanian persis (tepat)

          Gunakan tenaga buruh asing

          Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan

 

 

 

 

1.5   Peranan institusi dalam pembangunan pertanian 

 

 

a.       Menyediakan infrastruktur

·         Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air

·         Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB

 

 

 

b.   Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

·         Meliputi pengeluaran, lepas tuai  dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)

·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby 

 

c.   Memberi khidmat nasihat dan latihan

·         Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan

·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll

 

d.    Menyediakan peluang pekerjaan

·         Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll

·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll

 

e.   Menyediakan bantuan kewangan

·         Perkhidmatan memberi kredit

·         Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.

 

f.   Membuat penyeliaan

·         Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)

·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll

 

g.   Membantu pemasaran hasil

·         Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.

·         Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers

%d bloggers like this: