Perladangan

4.1 PERLADANGAN SEBAGAI SUATU PERNIAGAAN

Pengertian perladangan sebagai suatu perniagaan

- aktiviti pertanian yang melibatkan penjualan, pembelian dan perkhidmatan untuk
mendapat keuntungan yang maksimum

Langkah dalam prinsip pengurusan ladang

- PERANCANGAN > PELAKSANAAN > PENGAWALAN > PENILAIAN

Penerangan langkah prinsip pengurusan ladang

Perancangan
- proses menentukan matlamat, membuat jangkaan masa hadapan dan merangka
strategi bagi mencapai matlamat atau menghadapi risiko
- melibatkan empat langkah iaitu
i. Langkah 1 : menetapkan objektif
ii. Langkah 2 : mentaksir kedudukan semasa prospek perladangan
iii. Langkah 3 : mentaksir keadaan persekitaran
iv. Langkah 4 : merangka pelan tindakan

Pelaksanaan
- adalah proses mengaplikasi aktiviti yang telah dirancang
- pemerolehan sumber pengeluaran pada masa dan tempat yang sesuai

Pengawalan
- proses memastikan sumber pengeluaran dan aktiviti dirancang serta diguna dengan
cekap
- tujuan untuk mencapai matlamat organisasi dan elak penyelewengan

Penilaian
- proses mengkaji status sesuatu projek sebelum dan selepas bidang usaha
dijalankan
- penilaian dibuat dengan merujuk kepada anggaran aliran tunai yang melibat aliran
masuk iaitu pendapatan dan aliran keluar iaitu perbelanjaan

4.2 PERANCANGAN UNTUK MEMULAKAN LADANG

Belanjawan ladang ?

Rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum.

Maklumat yang perlu untuk menyediakan belanjawan ladang

1. Harga pasaran hasil
- harga di ladang, harga borong dan harga runcit
- rujuk kepada agensi seperti PPK, LKIM, FAMA, pemborong dan pengguna
2. Sumber pengeluaran yang ada
- tanah, pekerja, modal dan pengurusan
- Tanah – diperolehi dengan membeli, menyewa atau memohon tanah kerajaam
- Pekerja – terbahagi kpd. kumpulan buruh mahir, separa mahir dan tidak mahir
– sumber buruh dari keluarga, buruh tempatan atau buruh asing
- Modal – merangkumi bahan mentah, stok, wang, bangunan, mesin dan jentera
- Pengurusan – pihak pentadbir ladang termasuk pengurus, staf dan mandur

3. Kos sumber pengeluaran
- Tanah – beli atau sewa
- Modal – pinjaman, sendiri, berkongsi
- Pekerja – gaji bulanan atau upah tenaga hari (gaji hari)

Menyediakan belanjawan:

Format:

Item Kuantiti Harga seunit (RM) Amaun (RM)
PENDAPATAN KASAR
= Hasil X Harga
Jumlah
PERBELANJAAN

Kos bahan input Jumlah
Kos input tenaga hari / kos buruh Jumlah
Kos tetap Jumlah
Jumlah Kos = Kos Tetap + Kos Berubah

Kos Luar Jangka = % Dijangka X Jumlah Kos

Jumlah Perbelanjaan = Jumlah Kos + Jumlah Kos
Luar Jangka

Keuntungan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan

Pulangan Setiap Ringgit Dilabur
= Jumlah Pendapatan
Jumlah Perbelanjaan

Pendapatan
= anggaran hasil x harga seunit

Perbelanjaan
Kos bahan input = seperti kos biji benih, baja, herbisid, api, air, dedak dll
Kos input tenaga hari / kos buruh = upah merumput, membaja, pungut hasil dll.
Kos tetap = seperti cukai tanah, faedah pinjaman, susut nilai, sewa dll.

* Pilih bidang usaha berdasarkan – Keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang
dilaburkan

Rancangan Operasi Ladang

Merangkumi 1. Melakar pelan susun atur ladang
langkah – lakaran menunjukkan kedudukan bangunan, kawasan tanaman, stor dll

2. Penyedia jadual kerja
– disediakan dalam bentuk jadual atau Carta Gantt

3. Penyediaan format rekod berkaitan
– berguna untuk
i. merancang susunan ladang pada masa hadapan
ii. petunjuk kemajuan ladang – mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pengurusan operasi ladang
iii. sokongan untuk mendapat pijaman
– jenis rekod – rekod fizikal dan rekod kewangan
– rekod fizikal seperti rekod tanaman, rekod ternakan, rekod tenaga buruh
– rekod kewangan – seperti rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan

4.3 PELAKSANAAN OPERASI LADANG

Pemerolehan sumber pengeluaran

Sumber Pengeluaran Cara memperolehi
Tanah Memohon tanah kerajaan, membeli tanah bergeran, menyewa, memajak atau membeli ladang yang telah diusahakan
Modal (wang tunai/aset dll) Simpanan sendiri, harta pusaka, pinjaman, perkongsian, jualan aset dan subsidi kerajaan seperti baja atau benih
Pekerja Keluarga, buruh upahan (pekerja tempatan atau pekerja asing/import)
Pengurusan Lulusan dari IPT dll.

Langkah operasi permulaan

1. Menyediakan kawasan
- pilih kawasan tanah subur, saliran baik, topografi sesuai dan mudah dihubungi
- melibatkan kerja membersih, mengukur, merata dan menyediakan tapak

2. Membina struktur ladang
- seperti stor simpanan baja, jalan ladang, pagar, pejabat, pusat pengumpulan hasil,
bengkel jentera, garaj , reban ayam, kolam air dll

3. Menyediakan infrastruktur
- seperti bekalan elektrik, bekalan air paip, kemudahan perhubungan (jalan raya)
dan telekomunikasi (telefon)

Aspek pengurusan ladang

1. Pekerja

- mengendalikan aspek pengambilan pekerja baru, latihan, kebajikan pekerja,
pengkhususan bidang tugas, arahan dan teguran

2. Jentera

- dikendali dan diselenggara dengan betul
- sebelum guna buat pemeriksaan minyak pelincir, bateri, radiator, bahan api dll
- selepas diguna buat penyelenggaraan melibatkan penukaran minyak pelincir,
bersih penyaring udara, menggris dll

3. Tanaman

- menguruskan aspek : kawalan penyakit dan perosak, pembajaan, kawalan
rumpai, mengadakan pengairan dan saliran dan pengutipan hasil

4. Ternakan

- memberi perhatian kepada aspek pemberian makanan dan minuman, rawatan
dan pencegahan penyakit, penggunaan baka yang baik, perumahan yang sesuai
dan pengutipan hasil

Rekod pengurusan

Kegunaan / kepentingan rekod pengurusan:

i. merancang masa depan ladang
ii. mengira pendapatan bersih
iii. mengubahsuai ladang

Jenis rekod

i. Rekod fizikal – rekod modal kerja, modal tetap, tanaman, ternakan, tenaga buruh dan
hasil ladang

ii. Rekod kewangan
– rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan
– guna rekod kewangan – mengurus atau mengawal perbelanjaan, menilai prestasi
ladang, mengetahui jumlah pemiutang, menilai aset yang ada dan menilai liabiliti
yang ditanggung

Pemasaran hasil

1. Mengumpul
- letak hasil yang dipungut di satu tempat tertentu samada ladang atau pusat
pengumpulan kelompok
- kumpul di jalan utama ladang untuk memudahkan diangkut ke kilang atau pasaran

2. Memproses
- tujuan supaya hasil lebih menarik, tahan lama, harga tinggi, mengekalkan kesegaran
atau menukar bentuk hasil

3. Menggred
- menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian
- supaya hasil yang dipasarkan seragam dan mendapat harga tinggi
- contoh kategori gred: telur > berat, terung dan mangga > bentuk, saiz > betik, klon >
durian, bahagian anggota > ayam, daging lembu

4. Membungkus
- kumpul hasil yang telah digred dalam satu bekas
- bekas pembungkusan – kotak, tin, botol, plastik dan pemvakuman
- tujuan pembungkusan – mengekalkan kesegaran, menarik perhatian pelanggan, untuk
mendapat harga lebih tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran
- contoh cara pembungkusan : kotak kayu > limau, botol > jus buah, plastik > sayur

5. Mengiklan
- menyampai maklumat produk kepada pengguna
- mempengaruhi pengguna untuk membeli
- kaedah mengiklan – katalog, risalah, papan tanda, edar sampel, pameran , media
elektronik dan media cetak

6. Menyimpan
- untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil
- hasil lambat busuk sebab kurang respirasi dan aktiviti metabolisme pada hasil
- contoh kaedah penyimpanan – sejuk beku > daging dan ikan, suhu rendah > sayur,
kawalan kandungan gas > pisang, betik, mempelam

7. Menjual
- menyampaikan hasil kepada pengguna akhir
- menjual/memasar melalui ajen, pemborong, peruncit atau jualan terus kepada
pengguna

4.4 ANALISIS DAN PENILAIAN OPERASI LADANG

Analisis rekod fizikal memberi maklumat tentang

1. Paras pengeluaran tanaman – analisis mengikut pusingan tanaman, bulanan atau tahunan
2. Paras pengeluaran ternakan – analisis jumlah pengeluaran hasil, jumlah ternakan dll
3. Kecekapan penggunaan sumber – analisis penggunaan tenaga buruh, baja, makanan dll

Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod kewangan

1. Perbandingan memberi petujuk
- rekod kewangan mematuhi belanjawan yang dirancang
- bidang usaha telah mencapai sasaran atau unjuran
- kelemahan atau kekuatan bagi panduan melaksanakan bidang usaha pada masa
hadapan
2. Perbandingan dibuat terhadap jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan, keuntungan
ladang dan pulangan setiap ringgit yang dilaburkan
3. Perbezaan mungkin kerana : hasil rosak, harga hasil turun, mesin rosak, harga baja
meningkat dll.

Prestasi bidang usaha dinilai berdasarkan :

1. Keuntungan bidang usaha
2. Pulangan setiap ringgit yang dilaburkan

Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha

1. Meneruskan bidang usaha
- sebab keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur tinggi
2. Membubarkan bidang usaha/berhenti
- sebab rugi
3. Menggantikan dengan bidang usaha lain
sebab – kurang keuntungan, saingan sengit, sukar dapat input, harga hasil rendah
dan sukar memasarkan hasil
4. Mengubahsuai pengurusan bidang usaha
- sebab pengurusan tidak cekap
- tukar pengurus, juruteknik, mandur dll jika perlu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: