Tanah

TANAH

 

 

Pengenalan

 

1.       Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.

2.       Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

 

LAPISAN TANAH LAZIM

CIRI-CIRI

Tanah atas

·terdapat sisa tumbuhan dan haiwan

·ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur

·pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi

- akar tumbuh dengan baik.

·Tempat tinggal hidupan tanah.

 

Tanah bawah

·berada di bawah tanah atas

·lebih padat

·mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.

·Lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.

·Sedikit organisma hidup

Batuan

·Bahan induk tanah.

·Alami proses luluhawa.

 

Susunan profil tanah :  

 

Sisa tumbuhan dan haiwan

Sisa tumbuhan dan haiwan

Tanah bawah

Batuan

 

 

Kepentingan Tanah

 

1.                   Memberi sokongan mekanik kepada akar

·          cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak

·          dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis

2.                   Membekal nutrien kepada tumbuhan.

·          tanah simpan nutrien

·          sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.

·          baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.

3.                   Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan

a.     Udara tanah mengandungi gas CO2 , O2 dll

·          CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

 

b. Air tanah

·          wujud dalam bentuk :         - filem yang meliputi kumin tanah.

                                                        - wap dalam rongga tanah

                                                        - cecair (mengalir dalam rongga tanah)

 

 

 

Komponen Tanah

 

1. Bahan mineral    -   45 %

2. Air                     -   25 %

3. Gas                   -   25%

4.Bahan organik     -   5 %

 

 

Bahan Mineral

 

i.        Bahan mineral tanah (inorganik)

1.       Terdiri dari kumin mineral - pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa.

2.       Kuarza mengandungi silika dioksida.

3.       Kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi – tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam tanah.

4.       Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium.

 

ii.       Bahan Organik

1.       Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik.

2.       Ciri Humus 

·          stabil

·          berwarna gelap

·          tidak larut dalam air

·          menyimpan air

·          menyimpan kation

3.   Sumber bahan organik  - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan           

      mati

4.   Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di

      dalam tanah.

 

 

 

 

Kesan baik bahan organik

 

1.       Membekal nutrien kepada tumbuhan

·          Mengandungi N,P,K,Ca dan Mg.

2.       Membaiki struktur tanah. 

·          humus sebagai bahan pelekat – melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah.

·          susunan agregat ini dipanggil butirapuh. Susunan agregat butirapuh memberi pengudaraan dan saliran yang baik.

3.       Menambahkan daya penampungan air tanah.

·          bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air.

              4.   Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.

·          pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo.

·          Ion ini diikat  pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif  dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.

 

iii.      Udara

                1.    Rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara.

2      Gas tanah mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera.

3.   CO2 lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan  bahan       

      organik di dalam tanah.  CO2 terperangkap di dalam tanah.

4.   Gas oksigen tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah

 

iv.      Air

1.       Rongga tanah halus dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas.

2.       Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen mencukupi.

3.       Ciri-ciri muatan air tanah :

a.     muatan medan (had basah tanah) –  keadaan di mana rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara

b.     tanah tepu air – semua rongga tanah dipenuhi air, tiada udara. Air berlebihan 

      dan akar tumbuhan terendam di dalam air

c.     had layu(titik layu) – terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. Kesannya pokok akan layu.

 

v.       Organisma Tanah    

 

1.     Dua kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma tanah.

·          Tertumpu di kawasan dekat akar.

 

Jenis organisma

          Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Bakteria

·   Terlibat dalam proses pereputan sisa organik

·   Penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah.

Aktinomisit

·   Ciri antara bakteria dan kulat

·   Keluarkan hifa

·   Penting dalam proses pereputan Sisa Organik.

Kulat

 

·   Peranan penting dalam pereputan bahan organik.

·   Bersimbiosis dengan akar tumbuhan

Nematod

 

·   Membantu pereputan bahan organik

·   menggunakan bahan pereputan bahan organik

Alga

·   menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis

·   menukar CO2 kepada O2 di sawah padi.

·   Setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan

   kepada pokok padi..

CacingTanah

 

·   Gaul hasil reputan daun di atas tanah.

·   Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain.

·   Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya.

·   Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.

 

Sifat fizik tanah

Warna tanah

Tekstur tanah

Struktur tanah

 

 

 

 

 

 

Warna tanah

 

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.

2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.

3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.

4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur

5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

 

Warna tanah

Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna

Merah

·kandungan oksida ferum

·saliran dan pengudaraan baik

·terdapat di lereng bukit

·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit

Perang

·Kandungan oksida ferum dan bahan organik

·Saliran baik

·Subur

Kelabu

·Oksida ferum dan oksigen kurang

·Saliran kurang baik dan menakung air

·Kurang beroksida

·Pengudaraan kurang baik

·Sesuai tanaman padi

Kehitam-hitaman

·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi

·menakung air dan pH rendah

·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen

·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.

·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran

Putih

·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.

Kuning

·Oksida ferum berpadu dengan air.

·Saliran baik

·Lebih lembap berbanding tanah merah

 

 

 

 

 

 

Tekstur tanah

 

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.

2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.

3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.

      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;

·          Penyaliran -  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik

·          Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas

·          Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air

 

 

Struktur tanah

 

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam                                bentuk tertentu.

 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.

 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

 

·          Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

 

·          Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan

 

 

·          Mengurangkan kesan ketoksikan CO2  -  struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO2  kerana gas ini mudah meresap ke udara

 

 

          5.  Jenis struktur tanah

·                      Butir rapuh

·                      Berlapis

·                      Berblok

·                      Prismatik

·                      Kolumnar

·                      Tanah tidak berstruktur – berbutir tunggal

        - berbongkah (massive)

 

 

 

 

 

Sifat kimia tanah

 

pH Tanah

 

1.       pH tanah ialah keassidan atau kealkalian sesuatu tanah.

2.       Tanah tropika bersifat asid – kerana larut resapan .

3.      

Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+)

nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+).

4.       pH tanah ditentukan dengan :         

·          Kaedah Kuhn

·          meter pH

 

 

 

 

pHtanah         Faktor yang menyebabkan keasidan tanah

 

1.       Kandungan bahan induk

·          batu granit mengandungi aluminium. Aluminium alami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen

·          oleh itu tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid

 

2.       Larutresapan

·          Kehilangan bahan berbes

·          kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid

 

3.       Penggunaan baja kimia

·          seperti baja  Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+

·          NH+            NO3-  +  H+

·          H+ turunkan pH tanah.

 

4.       Pereputan bahan organik

·          pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

 

5.       Penambahan asid karbonik dan asid nitrik

·          gas CO2,  nitrogen oksida dan nitrogen dioksida  di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah

·          asid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik

 

6.       Respirasi akar dan organisma tanah

·          CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik.

 

7.       Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida

·          Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid

 

 

Kesan pH tanah kepada tanaman.

 

1.     Ketersediaan nutrien

 

·          Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.

·          pH rendah – pembebasan ion ferum dan magnesium

·          pH tinggi – pembebasan ion Kalsium dan Magnesium

·          Keempat ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut.

·          Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah

 

2.     Aktiviti mikrob

 

·          mikroorganisma bermanfaat hidup pada pH 5.5 – pH 7.8.

·          mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5.

·          pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

 

3.     Penyakit tumbuhan

 

·          pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

 

 

Unsur perlu untuk pertumbuhan tumbuhan

 

1.       Makronutrien – O,C,H,N,K,P,S,Ca,Mg

2.       Mikronutrien – Fe,B,Mn,Zn,Cu,Mo dan Cl

3.       Sesuatu unsur nutrien perlu jika

a.       Tumbuhan tidak membesar dengan sempurna.

b.       Tindakan nutrien yang spesifik tidak boleh diganti dengan unsur lain.

c.        Unsur nutrien bertindak secara langsung dalam tumbuhan.

d.       Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur, unsur tersebut perlu ditambah

 

 

 

 

Peranan unsur utama dan gejala kekurangan

 

 

 

 

Tanah bermasalah di Malaysia

Unsur Utama Nutrien

Peranan Dalam Tumbuhan

Gejala Kekurangan

Nitrogen

·                      komponen protein diperlu untuk penghasilan klorofil

·                      mempercepat tumbesaran tumbuhan

·                      hasil daun lebih.

·      klorosis (kekuningan) semua                             daun.

Fosforus

·                      mempercepat pengeluaran akar,

·                      bunga dan buah

·                      cepatkan kematangan pokok

·                      menguat tangkai buah

·                      penghasilan tenaga pada peringkat awal tumbesaran.

·          daun hijau tua

·                              warna kemerahan atau        ungu pada daun atau petiol

Kalium

·                      mencepat pengeluaran bunga dan buah

·                      memberi ketahanan pokok dari penyakit

·                      diperlukan untuk metabolisme kanji  

                          dan protein

·                      pengaktifan enzim

 

·          nekrosis (tisu mati) pada tepi daun tua/tepi daun terbakar

·          klorosis antara urat  daun

        muda

 

Tanah Asid Sulfat

Tanah Gambut

Tanah Bris

Tanah bekas Lombong

Tanah Lempung

·          tanah liat

·          pH ≤ 3.5

·          tanah tak subur

·          ketoksikan Al, Fe dan Mn.

·         bahan organik tinggi

·         saliran tak baik

·         tidak beri sokongan pada akar

·         tanah berasid

·         kekurangan Cu, Mn, Zn, Fe, Mo, Bo.

·       kandungan pasir tinggi

·       tanah tidak berstruktur

·       lapisan keras

·       daya simpan air rendah.

·       kurang air musim panas

·       pH 4.3 – pH 5.8

·        80% pasir

·        tidak berstruktur

·        mineral kuarza

·        tidak kandung air.

·          kandungan liat tinggi

·          saliran kurang baik

·          sukar digembur

 

Cara membaiki keadaan tanah

 

i.     Pembajaan

 

a.       Gred baja – kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja. Diberi dalam bentuk peratus (%N, %P2O5, %K)

Contoh :

·          Baja Ammonium sulfat ( 20 % N ) -  baja ini mengandungi 20 % nitrogen atau bagi setiap 100 kg baja Ammonium sulfat terkandung di dalamnya 20 kg nitrogen

·          Baja NPK 16:16:17 – baja ini mengandungi 16 % nitrogen, 16 % P2O5 dan 17 % kalium oksida  atau dalam setiap 100 kg baja NPK terkandung 16 kg N, 16 kg P2O5 dan 17 kg K2O

 

b.       Baja Campuran – baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan. Kandungan nutrien rendah.

c.        Baja Sebatian – nutrien disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu.

d.       Baja Lengkap – kombinasi semua nutrien utama NPK, mikronutrien , enzim,pengawalatur pertumbuhan.

e.       Baja Lurus – baja yang membekal  satu nutrien utama. Contoh baja lurus :

 

Nitrogen

Fosforus

Kalium

 

Urea 

Amonium Sulfat 

Kalsium Nitrat 

Kalium Nitrat 

Amonium Nitrat

Natrium Nitrat

 

CIRP 

Superfosfat tunggal 

Superfosfat ganda dua

Superfosfat ganda tiga

 

Muriat potasy 

Kalium sulfat

Kalium nitrat

 

 

Tinja haiwan

Sisa ladang

Baja lurus

Baja sebatian

Baja campuran

Baja lengkap

Baja

Baja organik

Baja kimia

 

                                                                                               

 

 

 

 

 

 

 

         

 

          Menghitung baja

 

          Hitung baja berdasarkan gred baja

 

          a.   Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)

 

                Jawapan :              100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N

                                                250 kg kalium nitrat             =  15/100  x  250

                                                                                                 =  37.5 kg N

 

          b.   Hitung berat N, P2O5  dan K2O  dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16

 

 

                Jawapan :              Berat N

 

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N

                                                200 kg  baja NPK                =              15/100  x  200

                                                                                                =              30 kg N

 

                                                Berat  P2O5 

 

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5  (fosforus)

                                                200 kg baja NPK =              15/100  x  200

                                                                                                =              30 kg P2O5

 

 

 

 

                                                Berat K2O

 

                                                100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O

                                                200 kg baja NPK =              16/100  x  200

                                                                                                =              32 kg K2O

 

Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan

 

          Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N. Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan. Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga tersebut.

                                               

          Jawapan :                    Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan

 

                                                100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N

                                                60 kg N                  =              100/35  x  60

                                                                                =              171.43 kg baja ammonium sulfat

 

                                                Kos baja

 

                                                50 kg                      =              RM  70.00

                                                171.43 kg              =              RM  70.00 / 50  x  171.43

                                                                                =              RM  240.00          

         

Cara Membaja

 

1.       Taburan

·          ditabur sekata di atas permukaan tanah, digaul dengan tanah, diletak sekeliling pokok (umur 3-4 minggu).

·          baja sesuai – baja butiran halus/granul.

2.       Alur

·          baja pepejal diletak di dalam alur di kiri dan kanan biji benih.

·          baja juga boleh diletak dalam jalur 4 – 5 cm dalam sisi barisan pokok. 

 

3.       Poket

·          lubang poket digali di hujung kanopi pokok buah-buahan. Baja diletak dalam poket dan ditutup semula.

 

4.       Semburan daun

·          larutan baja disembur pada pokok

 

ii.       Pengapuran

 

Tujuan pengapuran :

 

1.       Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur.

2.       Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg.

3.       Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik.

 

Contoh bahan kapur.

1.       Batu kapur    -      kalsium karbonat / CaCO3           

2.       Kapur tohor   -      kalsium oksida  / CaO

3.       Kapur mati    -      kalsium hidroksida / Ca(OH)2

4.       Kapur dolomit  -   CaMg CO3

           

 

      Faktor yang perlu dipertimbangkan  sebelum melakukan pengapuran.

 

1.       Jenis tanaman

-          kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu.

2.       Jenis bahan kapur

-          kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit,koko, jagung dan sekoi.

-          kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik tetapi sukar diguna.

3.       Jenis tanah

-          tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur.

-          pengapuran berlebihan sebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo.

4.       Kandungan bahan organik

-     tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur

-          bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.

 

 

iii.      Pemugaran

 

1.       Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.

2.       Pemugaran primer – kerja mula dilakukan.

3.       Contoh alat pemugaran primer – bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.

4.       Tujuan pemugaran primer :

-          potong dan balikkan tanah.

-          pecah dan longgar tanah keras

-          sedia permukaan sesuai untuk pemugaran sekunder

5.       Pemugaran sekunder – dilakukan selepas pemugaran primer

6.       Tujuan pemugaran sekunder :

-          musnah rumpai

-          mencampur baja dan kimia pengawal perosak

-          timbus dan gaul sisa tumbuhan

-          musnah atau kawal perosak

-          sedia batas tanaman

-          hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam.

          7.  Contoh alat pemugaran sekunder -  bajak sikat, penggembur dan alat pembatas.

 

 

 

iv.      Pencegahan dan pengawalan hakisan

 

          Jenis hakisan tanah

 

          1.  Hakisan permukaan

·          Hakisan peringkat permulaan

·          Lapisan nipis permukaan tanah hilang

 

          2.  Hakisan alur

·          Hakisan peringkat kedua

·          Tanah dihakis lebih dalam membentuk alur

 

          3.   Hakisan lurah

·          Hakisan alur dibiar berterusan membentuk lurah

·          Sukar dipulihkan

 

 

Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan

 

1. Melindungi permukaan tanah – daripada timpaan hujan.

2. Mengelak pengaliran air

3. Mengurang kelajuan larian air.

 

Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air

 

1.       Menanam penutup bumi

-                       tanam kekacang – centro, peuro, calapo, keledek hiasan.

-                       menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan

-     akar mencengkam/memegang  butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air

2.       Membuat teres

-                       mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit.

-                       memperlahan larian air

3.       Menanam mengikut kontor

-                       kawasan curam ditanam getah dan kelapa sawit mengikut kontor menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit.

4.       Membuat sungkupan

-                       bahan diletak di permukaan tanah melindung permukaan tanah dari ditimpa hujan.

-                       bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik dll

-                       kebaikan sungkupan

a.       Elak hakisan tanah.

b.       Elak tanah padat

c.        Menurunkan suhu tanah

d.       Memulihara kelembapan tanah

e.       Mengelakkan pertumbuhan rumpai

5.       Menanam secara jalur

-      menanam merentasi lereng atau kawasan curam

-                       halang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.

6.       Membina sistem peparitan

-                       air berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit

 

 

Anda perlu faham dan ingat istilah-istilah ini :

 

Bil.

Istilah

Takrifan

1

Tanah

Lapisan atas permukaan bumi

2

Tekstur tanah

% kandungan kumin pasir, kelodak dan liat atau

sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.

3

Struktur tanah

Susunan kumin tanah terdiri dari pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.

4

pH tanah

Pengukuran aras keasidan tanah.

5

Mikronutrien

Unsur mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti kecil

6

Makronutrien

Unsur mineral yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti banyak.

7

Baja Lurus

Baja yang bekal satu nutrien utama sahaja.

8

Baja sebatian

Baja yang mengandungi nutrien yang disebatikan secara kimia dengan nisbah tertentu.

9

Baja campuran

Baja yang dicampur secara fizikal tetapi tidak disebatikan.

10

Baja lengkap

Mengandungi kombinasi semua nutrien yang diperlukan.

11

Gred baja

Kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja

 

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 30 other followers

%d bloggers like this: