Biosis

BIOSIS

 

 

Jenis organisma

 

Jenis organisma

Ciri

 

Virus

·Binaan ringkas

·Hidup dalam sel hidup sahaja

·Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola

·Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru

 

Bakteria

·Bersel tunggal

·Berbentuk rod

·Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak

·Hidup sebagai parasit atau saprofit

 

Kulat

·Tidak mempunyai klorofil

·Hifa – menghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman

·Saprofit

Nematod

·Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki

·Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan spilet

 

Serangga

·Invertebrata

·Badan bersegmen – kepala, toraks dan abdomen

·Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap

Rumpai

·Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang

 

 

 

Takrif

 

Organisma

Takrif

Parasit

·Organisma yang mendapat faedah daripada perumah / mendapat makanan dari perumah.

Patogen

·Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus

Saprofit

·Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati / mendapat makanan dari bahan yang reput

Vektor

·Organisma pembawa patogen / punca penyakit

 

 

Kepentingan ekonomi organisma

 

Kesan manfaat dan berbahaya organisma

 

Organisma

Kesan manfaat

Kesan berbahaya

 

Virus

·    Agen pengawal perosak

·    Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang ,belalang dan hama

·       Agen penyebab penyakit

·       Contoh penyakit merah pada padi dan bintik cincin pada betik

·       Disebar kpd tumbuhan sihat oleh

o      Vektor spt afid, lelompat daun, nematod dan kulat

o      Biji benih yang dijangkiti virus

o      Peralatan ladang tercemar virus

o      Pekerja yang bekerja diladang

 

 

Bakteria

·    Penguraian bahan organik

·    Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas spt Azotobacter dan Rhizobium yang bersimbiotik dengan pokok kekacang

·    Penitratan oleh bakteria Nitrobacter dan Nitrosomonas

·    Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi

 

·       Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka

·       Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih

·       Contoh penyakit

- Hawar daun(padi) oleh     

  Xanthomonas spp

 

 

Kulat

·    Agen pengurai bahan organik

·    Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar tumbuhan mengambil nutrien fosforus,  bantu biji benih orkid bercambah  dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.

·    Memerangkap nematod dalam tanah

·    Mengawal serangga

·       Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.

·       Contoh penyakit – reput batang dan cendawan angin

 

 

Nematod

 

 

 

 

 

 

 

·    Membantu mengurai bahan organik

·    Mengawal serangga

·    Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain

·       Rembesan air liur mencedera tisu akar

·       Interaksi nematod dengan organisma lain

·       Pembawa virus

·       Contoh penyakit bengkak akar

 

Serangga

·    Membantu proses pendebungaan

·    Memperbaiki keadaan tanah

·    Pemangsa kepada perosak

·       Merosak tanaman

·       Membawa pelbagai penyakit

·       Contoh perosak padi  - bena perang dan kelapa sawit – kumbang tanduk

·       Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang

·       Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.

 

 

Rumpai

·    Mencegah hakisan tanah

·    Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak

·       Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien

·       Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil

·       Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman

 

 

 

Tanda umum penyakit dan serangan perosak

 

 

Organisma

Tanda

Virus

·Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun berpilin

Bakteria

·Bintik, layu, reput dan mati rosak

Kulat

·Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat

Nematod

·Akar – bonggol, tercedera, bercabang  dan reput

Serangga

·Daun berlubang dan buah rosak

Rumpai

·Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut

 

 

Hubungan hidup

 

1.       Simbiosis  -  hubungan di antara dua organisma yang saling mendapat manfaat atau saling bergantung antara satu sama lain.

Contoh :

                        -               nubungan kekacang dengan bakteria Rhizobium.

                        -               nodul pada akar kekacang  menjadi perumah kepada Rhizobium

                                -               bakteria terdapat dalam nodul akar kekacang.

                                -               Rhizobium mengikat nitrogen dan bekal N untuk pokok/tanah

 

2.       Mikoriza  -  hubungan simbiotik antara kulat dengan akar pokok ru, jagung dan bawang

Contoh :

-               kulat  -  membantu akar tumbuhan menyerap nutrien

-               akar tumbuhan  -  menyediakan nutrien untuk kulat

 

 

 

 

 

Pengawalan Organisma

Masa

Graf 1

C

B

A

Text Box: Populasi perosak

Aras populasi perosak

 

                Rujuk Graf 1

 

a)         Aras keseimbangan am  ( A )

·          populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dana kawalan tidak diperlukan

b)         Aras ambang ekonomi  ( B )

·          Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras populasi perosak

c)          Aras kecederaan ekonomi  ( C )

·          Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian

·          Kerosakan teruk, tidak boleh dikawal lagi

 

 

Kaedah Pengawalan Perosak

 

1.       Kaedah Fizikal

a)         Penggunaan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak

 

Kaedah

Ciri-ciri

Sekatan mekanik

Penggunaan jaring kalis serangga

·Kos rendah

·Mengurang penggunaan racun – 30 hingga 70%

·Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12%

·Sesuai untuk sayuran berdaun  serta sayuran temperat

Sekatan tingkahlaku

Berdasarkan tingkahlaku perosak

·terangsang oleh bunyi,cahaya, atau bau bahan kimia

·perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahaya

Perubahan Persekitaran Perosak

·Suhu ,kelembapan, atau kandungan oksigen dipersekitaran perosak diubah

·Contoh amalan :

o         Memaksa perosak keluar dari lubang dengan mengguna air dan asap

o         Meningkatkan suhu antara 52°C hingga 54°C untuk membunuh serangga perosak barang simpanan

o         Menyimpan bijirin dalam bekas kedap udara

 

 

2.       Kaedah Kultur

 

·          Mengawal perosak tanpa menggunakan bahan kimia

·          Caranya menghalang perosak mendapat makanan atau dedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai

 

·          Amalan

                                     i.    Pemugaran tanah

·          Perosak terdedah cahaya matahari terik

·          Terdedah kepada pemangsa seperti burung

·          Perosak mati terkena alat pemugar

 

                                                        ii.         Menggilirkan tanaman

·          Menanam tanaman berlainan pada tapak yang sama pada musim berlainan secara bergilir-gilir

·          Sesuai untuk perosak yang mempunyai perumah khusus

·          Perosak mati bila punca makanan terputus

 

                                                      iii.         Varieti resisten

·          Tanam tanaman dari baka yang tahan serangan perosak dan penyakit

·          Mengurangkan penggunaan racun serangga

 

                                                       iv.         Penanaman campuran

·          Menghadkan bekalan perosak

·          Menanam tanaman penolak (repellant) seperti serai wangi

·          Mengwujudkan banyak pemangsa

 

                                                        v.         Amalan penanaman yang baik

·          Penggunaan biji benih bersih dan bebas dari penyakit

·          Jarak penanaman yang sesuai

·          Kebersihan ladang

 

 

3.       Kaedah Biologi

 

·          Penggunaan organisma lain seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja untuk mengurangkan populasi perosak.

·          Bermula dengan pengenalan musuh semulajadi perosak dan diikuti kajian tentang perumah musuh semulajadi

 

 

Agen Kawalan Biologi

Untuk mengawal

Tebuan Cortesia plutellae

Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun sayur

Bakteria Bacillus thuringiensis

Larva dan rama-rama di kebun sayur

Burung hantu dan ular senduk

Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah

Pokok bunga tahi ayam (Tagetes sp) dan rembesan asparagus

Beberapa jenis nematod

Semut hitam koko

Perosak lenggai koko(kepinding nyamuk)

 

 

 

 

 

·          Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi

 

Kebaikan

Kelemahan

·          Mengurang masalah pencemaran alam sekitar

·          Selamat digunakan oleh petani

·          Mengurangkan kos pengurusan perosak untuk jangka panjang

·          Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya

·          Pemangsa mungkin serang organisma bermanfaat

·          Pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak

·          Bilangan perosak lain mungkin meningkat

·          Perlu pengetahuan teknik membiak musuh semulajadi, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak atau pemangsa

·          Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui

·          Kesan kawalan mengambil masa yang lama

 

 

4.       Kawalan Kimia

 

Kelebihan

Kelemahan

·            Mudah digunakan

·            Berkesan dengan cepat

·            Dapat digunakan bila-bila masa

·            Mudah didapati di pasaran

·            Banyak perosak dapat dikawal

·         Mencemar alam sekitar

·         Mencederakan tisu

·         Mungkin membunuh pemangsa

·         Mengwujudkan  perosak yang resistan

      terhadap racun

·         Meninggal kesan bau dan rasa

 

 

 

Bandingbeza kaedah kawalan kimia dan kaedah kawalan kimia

 

Aspek

Kawalan biologi

Kawalan kimia

Kesan kawalan

Lambat

Cepat

Sasaran

Organisma tertentu mengawal perosak tertentu

Boleh kawal banyak jenis perosak dengan satu jenis racun kimia

Kos pengurusan perosak

Kos tinggi untuk jangka pendek tetapi kos menjadi rendah untuk jangka panjang

Kos rendah bagi jangka pendek tetapi kos menjadi tinggi untuk jangka panjang

Pengetahuan/kemahiran petani

Petani perlu pengetahuan/kemahiran tinggi

Tidak perlu pengetahuan/kemahiran tinggi

Risiko kepada petani

Rendah/tidak membahayakan petani

Tinggi/berbahaya kepada kesihatan petani

Kedapatan di pasaran

Terhad/sukar diuruskan

Mudah didapati di pasaran/mudah di beli

Kesan pada tumbuhan/hasil tanaman

Tiada kesan

Ada kesan kimia/bau pada hasil tanaman

Kesan kepada alam sekitar

Tiada/tidak cemar alam sekitar

Mencemar alam sekitar (udara, air, tanah)

 

 

 

 

Pengelasan racun perosak

 

a.Racun perut

·          Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan

·          Digunakan sebagai umpan/sembur

·          Membunuh apabila dimakan oleh perosak

·          Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin (racun tikus)

 

b.             Racun sentuh

·          Membunuh perosak apabila terkena perosak

·          Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf

·          Diguna dalam bentuk semburan kabus

·          Contoh :

o         Racun serangga – karbaril, heptaclor, dan BHC

o         Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa

o         Racun rumpai – parakuat

c.          Racun sistemik

·          racun disembur atau ditabur pada tanaman

·          racun meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan seluruh tumbuhan beracun kepada perosak

·          contoh furadan( racun serangga)

·          Benomil (racun kulat)

 

d.                Racun pewasap

·          Membunuh perosak apaila tersedut masuk ke dalam respirasinya

·          Contoh Metil bromida dan vapam

 

 

          Maklumat yang terdapat pada label bekas racun kimia

 

·                Nama dagangan

·                Pengeluar/pengilang dan alamat

·                Kandungan bahan aktif

·                Kelas/darjah keracunan mengikut warna

 

Kelas

Warna label

Catatan

1a

Hitam

Beracun  -  amat bisa

1b

Merah

Beracun  -  bisa

II

Kuning

Beracun

III

Biru

Berbahaya

IV

Putih

Berbahaya

 

·                Perosak sasaran – contoh serangga / kulat / rumpai / haiwan dll

·                Cara guna

·                Kadar penggunaan / bancuhan / campuran dengan air

·                Tarikh pengeluaran dan tarikh luput

·                Langkah keselamatan – jika petani terkena racun itu

·                Cara penyimpanan dan melupuskan beka

 

LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNA RACUN KIMIA

Ø          Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak

Ø          Baca maklumat pada botol atau bungkusan racun

Ø          Sukat dengan tepat racun yang hendak digunakan

Ø          Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum digunakan

Ø          Jangan sentuh , hidu atau merasa racun kimia

Ø          Gunakan kayu atau benda lain untuk membancuh bahan kimia

Ø          Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur

Ø          Pakai pakaian pelindung yang sesuai

Ø          Bersih semua alat sebelum atau selepas digunakan

Ø          Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat

Ø          Simpan racun kimia ditempat selamat dan berkunci

Ø          Tanam semua bekas dan sisa racun

Ø          Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan

 

 

               

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5.       Kaedah Undang-undang

 

a.          Kuarantin

·          Bahan tumbuhan yang di bawa masuk dari luar negara diperiksa, diuji dan disah bebas dari perosak atau penyakit

 

b.          Penghapusan

·          Tumbuhan atau bahan tanaman yang disahkan berpenyakit dimusnahkan

·          Contoh penyakit hawar getah

 

c.           Peraturan

·          Dikuatkuasakan oleh Akta Kuaranti Tumbuhan 1971 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981

 

d.          Pensijilan

·          Biji benih yang di bawa masuk perlu mendapat sijil pengesahan bebas penyakit

·          Akta Racun Makluk Perosak 1974- menetapkan peraturan kedai yang menjual dan menyimpan racun

 

 

Pengurusan Perosak Bersepadu

 

1.       Melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti

 

·          Penggunaan varieti resisten

·          Pemantauan dan ramalan perosak

·          Kawalan biologi

·          Penggunaan kimia secara bijaksana

 

2.       Konsep pengurusan perosak bersepadu

 

·          musuh semulajadi digalak bertambah

·          jalankan kawalan kultur dan kimia secara terkawal

·          mengguna pakai prinsip ekologi

 

Pengawalan perosak bersepadu masih belum berjaya sepenuh kerana masalah

 

·         Kurang pengetahuan mengenai ekologi perosak

·         Mengoptimum penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem

·         Teknik membiak semulajadi masih menghadapi masalah

·         Kurang pengetahuan di kalangan petani

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: