Exam SP

Blog 2

SKOP SOALAN KERTAS 2

Bahagian A

Soalan No. 1

Pertanian di Malaysia

• Mencadangkan cara-cara mengatasi masalah berkaitan isu
pertanian di Malaysia

Tanaman

• Membuat inferens eksperimen fotosintesis
• Interpretasi data mendapan butir pepejal tanah
• Interpretasi data dari ujian pH tanah
• Penggunaan pengawalatur pertumbuhan

Ternakan

• Cara mengurangkan kesan himpitan iklim
• Cara pencegahan dan pengawalan penyakit
• Cara merawat penyakit
• Cara-cara memperbaiki baka yang sedia ada melalui
pembiakbakaan kacukan dan pembiakbakaan seturunan
• Penyediaan semen untuk permanian beradas
• Langkah penyuntikan semen dalam permanian beradas

Perladangan

• Melakar pelan susun atur lading
• Cara sumber pengeluaran diperolehi
• Menyediakan jadual kerja
• Menyediakan format rekod berkaitan
• Merangka rancangan operasi ladang
• Menerangkan aspek pengurusan pekerja, jentera, tanaman
dan ternakan
• Menerangkan aktiviti-aktiviti pemasaran hasil pertanian

Teknologi

• Penggunaan mekanisasi ladang dalam tanaman dan ternakan
• Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan
mekanisasi ladang
• Penggunaan komputer dalam pertanian
• Penggunaan bioteknologi dalam pertanian

Soalan No. 2

• Menjelaskan kebaikan dan keburukan organisma (faktor biosis)
• Membandingbeza pengawalan organisma menggunakan kaedah
kimia dengan kaedah biologi
• Membandingbeza pembiakan seks dengan pembiakan aseks
• Membandingbeza tut dengan cantuman
• Membandingkan kelebihan dan kekurangan foraj dengan
konsentrat
• Membandingkan kelebihan dan kekurangan pengawanan
semulajadi dengan permanian beradas
• Menganalisis rekod fizikal
• Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari
rekod kewangan
• Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha
– menilai prestasi bidang usaha berdasarkan keuntungan
dan PSRYDL
– membuat keputusan samada terus, bubar, ganti atau
ubahsuai pengurusan bidang usaha

• Membandingbeza sistem pengairan titisan dengan pengairan
percikan

• Menilai maklumat yang sesuai dan berkaitan dari internet

Bahagian B
(soalan No. 3 dan 4)

• Kiraan baja
• NPM
• Belanjawan

Bahagian C
(Soalan No. 5 dan 6)

Ladang

• Kawalan perosak (menyembur racun)
• Tut dan cantuman
• Kompos dan tapai
• Hidroponik
• Memasang sistem pengairan percikan dan titisan

Makmal

• Fotosintesis – ujian kanji
• Butir pepejal tanah – melihat kumin-kumin tanah
• Tekstur tanah cara mendakan
• pH tanah : pH meter dan kaedah Kuhn
• Memeram buah guna kalsium karbida
• Bedah siasat ayam
• Akses internet

 

 Blog 1

Soalan SPM Kertas 2 yang lepas

 

Thn

Bahagian A

Bahagian B

Bahagian C

1

2

3

4

5

6

2004

(a)   Punca tanah asid(b)   Amalan membaiki tanah asid (a) Analisis        data      belanjawan      dan data      sebenar(b)     Membuat keputusan  Kiraan baja NPM ayam Ujian kanji Pengairan percikan- lakar rajah

2005

(a)   Lakar pelan susun atur ladang(b)   Format rekod belanja-wan      (a)  Analisis rekod pendapatan dan perbelanjaan ladang(b)   Membuat       keputusan Kiraan baja Sedia belanjawan (a)       Mendapan butir pepejaltanah(b)       Kompos Kawalan kimia: Langkah menyembur racun kimia

2006

Mekanisasi ladang     

 

Bahanmakananternakan- foraj dan    konsentrat Belanja-wan Belanjawan Tut Komputer- Teori :    Penggunaan komputer dalampertanian- Akses  internet

2007

Isu pertanian(a) Kekurangan buruh(b) Ketidakstabi-lan harga Langkah melakukan permanian beradas Kiraan baja Belanjawan Bedahsiasat ayam Tapai ubi

2008

(a) Lakar susun atur ladang(b) Jadual kerja(c) Pemasaran Bahanmakananternakan- foraj dan    konsentrat Kiraan baja NPM ayam Kompos Kawalan kimia: Langkah menyembur racun kimia

 

Teknik menjawab soalan Kertas 2

 

Bahagian A

 

Soalan  No. 1

 

Contoh soalan

 

1.   (a)  Pengawalatur pertumbuhan digunaan secara meluas dalam  industri     pertanian.  Terangkan tiga penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam industri tanaman hiasan.
                                                                                                                       [9 markah]

 
(b)  Terangkan dua cara mencegah penyakit kuku dan mulut pada lembu

[6 markah]

 

Skema / peraturan pemarkahan

1.         (a)        Penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam industri tanaman hiasan

 (i)         Aruhan pembungaan

            –  mengawal pembungaan di masa yang perlukan contohnya pada    musim                                         perayaan.

                           –  pokok boleh diransang supaya mengeluarkan bunga dengan banyak,                                             serentak dan kualiti yang baik

                           –  cara ini petani dapat memenuhi permintaan bunga yang tinggi di                                                   musim perayaangi

 

                     (ii)        Pengurangan kos pemangkasan

 

                           –  penggunaan perencat pertumbuhan dapat melambatkan atau mengawal

                              pertumbuhan dahan.

                                    –  saiz pokok dapat dikawal

                                    –  pokok yang bersaiz kecil tidak perlu dipangkas dengan kerap

                                    –  apabila pemangkasan tidak perlu dilakukan maka kos pemangkasan                                              dapat dikurangkan

                    

                     (iii)       Penghasilan tumbuhan rendah

 

                           –  cara ini dapat memenuhi permintaan atau citarasa pengguna yang                                                gemarkan tumbuhan yang rendah/kerdil

                           –  tumbuhan yang rendah boleh dihasilkan dengan merawat  tumbuhan                                             menggunakan perencat pertumbuhan seperti maleik hidrazid

 

(3 fakta  = 3m  ; 2 huraian setiap fakta 3  x  2  =  6m ; jumlah markah = 3 + 6  = 9m)

 

 

 

(b)           Cara mencegah penyakit kuku dan mulut pada lembu

 

(i)        Kuarantin

 

Ternakan yang dibawa dari luar negara ditahan sementara untuk mempastikan ternakan tersebut bebas dari sebarang penyakit. Semua ternakan akan diperiksa dengan teliti. Kaedah ini dapat mengelakkan penyebaran penyakit bahaya dari luar negara seperti penyakit kuku dan mulut dan penyakit selsema burung.

                         

(ii)        Penghapusan

 

Ternakan yang diserang penyakit berbahaya dan kronik perlu dihapuskan. Ini bertujuan untuk mengelakkan penyakit tersebut merebak kepada ternakan lain atau menjangkiti manusia. Ternakan tersebut dibunuh dan bangkainya dibakar atau ditanam untk menghapuskan pathogen yang menyerang ternakan tersebut.

 

(iii)       Pemvaksinan

 

Ternakan lembu diberi vaksin seperti Asia-1 dan Bivalent O untuk mencegah penyakit kuku dan mulut. Vaksin akan meransang badan mengeluarkan antibodi. Antibodi ini akan menyerang virus yang memasuki badan lembu tersebut.

 

(2 fakta  = 2m  ; 2 huraian setiap fakta 2  x  2  =  4m ; jumlah markah = 2 + 4  = 6m)

 

Soalan No. 2

  Kriteria :

 

1.         Menerangkan kelebihan sesuatu perkara dengan jelas

2.         Menerangkan kekurangan sesuatu perkara dengan jelas.

3.         Membuat keputusan berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara itu    dengan betul.

 

Contoh soalan

 

1.         Terangkan  kelebihan dan kekurangan foraj dan konsentrat.

 

           

Jenis

Kelebihan

 

Kekurangan

Foraj
  • Tinggi kandungan fiber kasar

-          fiber penting untuk proses    

      pencernaan makanan

-          fiber mudah diperolehi dari rumput yang dimakan oleh ternakan

 

  • Boleh diberi dalam bentuk awetan atau segar

-          foraj segar boleh diragut di padang ragut atau dipotong dan diberi kepada ternakan di dalam kandang

-          foraj dipotong atau diracik dan diperam untuk menghasilkan silaj

-          silaj adalah bentuk awetan foraj dan digemari ternakan

-           

  • Rendah kandungan nutrien

-          ternakan perlu makan banyak foraj untuk menampung kekurangan nutrien

-          ternakan perlu diberi makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrien

 

  • Silaj mudah rosak akibat bakteria Clostridia sp

-          kelembapan yang tinggi pada silaj menyebabkan silaj mudah rosak

-          bakteria Clostridia sp mudah membiak dalam keadaan kelembapan dan suhu tinggi

Konsentrat
  • Tinggi kandungan nutrien

-          sangat sesuai untuk

       memberi  kadar 

       tumbesaran yang cepat

 

  • Mudah disimpan dan diberi kepada ternakan

-          kerana saiz kecil tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan

-          disukai oleh ternakan kerana rasa yang sedap

 

  • Boleh ditambah aditif makanan untuk meningkatkan mutunya

-          bahan aditif seperti hormon, vitamin dan ubat-ubatan boleh digaul bersama semasa menyediakan konsentrat

      dapat meningkatkan

      tumbesar dan kesihatan

      ternakan

  • Rendah kandungan fiber kasar

-          boleh mengganggu proses pencernaan

 

  • Konsentrat yang tinggi kandungan lemak mudah diserang kulat Aspergillus flavus dan menyebabkan keracunan aflatoksin

-          keadaan ini berlaku dalam keadaan kelembapan yang tinggi

-          boleh menyebabkan ternakan mati

 

 

2.         Terangkan  kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi dan      permanian beradas.

 

Teknik pembiakan

Kelebihan

Kekurangan

Pengawanan semulajadi
  • Tidak memerlukan kepakaran manusia

-          pengawanan berlaku dengan sendirinya apabila betina estrus

-          lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus

 

  • Penternak tidak perlu mengesan estrus

-          lembu jantan dapat   mengenal pasti lembu betina yang estrus dan melakukan pengawanan

-          kerja mengesan lembu estrus adalah sukar jika bilangan ternakan banyak

 

 

  • Baka pejantan terpilih sukar ditentukan

-          pengawanan berlaku tanpa pengawasan penternak

-          penternak tidak tahu dengan lembu jantan mana betina telah mengawan

 

  • Kadar pejantan dengan betina terhad

-          pejantan tidak mampu mengawan dengan banyak lembu betina yang estrus dalam satu-satu masa

-          banyak lembu penjantan diperlukan jika lembu bertina banyak

  • Pejantan rakus menyebabkan lembu betina cedera

-          penjantan akan terus mengawan dengan lembu betina yang sedang estrus

-          kerakusan penjantan menyebabkan betina cedera seperti cedera atau luka pada bahagian belakang dan faraj

  • Seekor penjantan dapat melakukan permanian hanya pada seekor betina dalam satu masa

-          kemampuan penjantan adalah terhad

-          penjantan dapat mengawan dengan seekor betina sahaja pada satu masa

 

  • Data pembiakan sukar ditentukan

-          kerana penjantan bergaul dengan lembu betina, pengawanan berlaku dengan bebas

-          petani tidak dapat mengesan penjantan yang telah mengawan dengan lembu betina

  • Perlu kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri

-          untuk hasil baka baru perlu import baka dari luar negeri

-          mengimport baka pejantan dari luar negeri memerlukan kos yang tinggi

-          penternak perlu menampung kos membeli, membawa dan menyelenggara baka penjantan yang diimport

 

Permanian beradas
  • Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan

-          anak yang dilahirkan dikenal pasti keturunannya

-          sumber semen telah dikenal pasti bakanya

 

  • Mudah menghasilkan baka baru

-          boleh import semen beku baka baik dari luar negeri

-          kos import semen lebih murah

-          boleh mendapat semen dari baka jantan terpilih

 

  • Betina tidak cedera kerana kerakusan baka penjantan

-          baka penjantan tidak digunakan

-          hanya perlu menyuntik semen pada lembu betina

 

  • Kos pengendalian murah

-          tidak perlu simpan baka pejantan, hanya simpan semen beku

-          baka pejantan tidak perlu dipelihara

-          semen boleh diimport

 

  • Penggandaan pembiakan cepat berlaku

-          semen beku boleh disuntik kepada beberapa betina yang estrus serentak

-          banyak kelahiran serentak atau hasil banyak anak lembu yang sebaya

  • Perlu kemahiran suntik semen

-          kemahiran menyuntik semen menentukan kejayaan permanian beradas

-          penternak tidak mahir melakukan suntikan semen

-          masih memerlukan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan

 

  • Perlu kemahiran memerhati/mengesan estrus

-          estrus berlaku dalam masa yang singkat sahaja iaitu 8 – 12 jam

-          kegagalan mengesan estrus menyebabkan permanian beradas tidak boleh dilakukan

-          perlu menunggu pusingan estrus seterusnya

 

  • Tidak dapat mengesan kecacatan penjantan

-          kecacatan baka penjantan hanya dapat dilihat bila anak lembu dilahirkan

-          jika semen tersebut telah digunakan pada banyak lembu, lembu-lembu lain pun akan turut cacat

 

 

 

 

3.         Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod         kewangan.

 

            Banding dari segi : pendapatan kasar, keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang                        dilabur

 

            Sebab terdapat perbezaan : kuantiti hasil, harga hasil, kos bahan input, kos buruh dll.

 

            Membuat keputusan masa depan bidang usaha : meneruskan bidang usaha, membubarkan             bidang usaha, mengganti bidang usaha dan mengubahsuai pengurusan bidang usaha.

 

Keputusan

Sebab

1.  Meneruskan bidang usaha Keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilaburkan tinggi
2.  Membubarkan bidang usaha Rugi
3.  Mengganti bidang usaha Saingan sengit, sukar dapat bekalan input, sukar memasarkan hasil atau harga hasil rendah
4.  Mengubahsuai pengurusan bidang     usaha Kerugian kerana pengurusan tidak cekap. Tukar samada pengurus, juruteknik, mandur atau pekerja

 

4.         Memilih maklumat yang sesuai dan berkaitan dari internet

 

            Ciri maklumat yang diperlukan :

 

            a.         Sahih

                          – maklumat yang dipaparkan boleh dipercayai

                         –  dari laman web yang boleh dipercayai

                         –  laman web yang dikendalikan oleh pihak yang berwibawa seperti                                     agensi   kerajaan

           

            b.         Terkini 

                          –  memaparkan maklumat terbaharu

                        –  hasil kajian atau data terkina

                        –  memaparkan teknologi terkini

 

  1. Tiada bahan berunsur negatif

                        –  tiada unsur lucah

                        –  tiada unsur penipuan atau perjudian

                        –  tiada unsur-unsur fitnah atau khabar angin

 

 

 

Bahagian 2.   

 Kiraan Nisbah Penukaran Makanan (NPM)

 

-          NPM untuk sepanjang hayat

-          NPM harian, mingguan, bulanan

 

       Hitung NPM

 

(a)             Berat ayam ketika dijual ialah 3.3 kg. Berat makanan yang dimakan ialah 5500 g.

Hitung NPM ayam tersebut.

 

                         Berat makanan                                      5.5

 NPM  =     ————————–                 =        ——          =   1.67

                               Berat badan                                      3.3

   

          (b)                                                                                

 Umur Ayam

(minggu)

 

 

Purata Berat Ayam

(g)

 

Berat Makanan Dimakan

Bagi Seekor Ayam (g)

0

10

0

1

120

80

2

250

250

 

 

                  Tentukan NPM pada minggu 1 dan 2

 

               NPM minggu  1         Pertambahan berat badan  =  120  –  10  =  110 g

               Berat makanan  =  80 g                                                                             

      

                                                                                     Berat makanan

                                                          NPM   =     ——————————–

                                                                         Pertambahan berat badan

                                                                                                                                               

                                                                                           80

                                                                                      ———-  =  0.8

                                                                                        110   

                                                                                      

      NPM minggu  2        NPM  =  250  /  250  –  120  =  250  /  130  =  1.92

 

 

 

 

 

 

 

Soalan apa nak keluar dalam kertas 2 pada tahun 2009

Kita perlu buat analisa terutama untuk soalan 5 dan6 :

Ingat soalan amali pH tanah, kalsium karbida dan  hidroponik belum keluar lagi dalam peperiksaan SPM sejak tahun 2004. Mungkin anda boleh beri tumpuan kepada amali-amali ini. Tapi ingat ini bukan soalan spot dan jangan cuba spot tetapi disaran beri tumpuan.

Soalan 3 dan 4 macam biasa : kiraan baja, NPM dan belanjawan. Elok beri fokus kepada ketiga-tiganya.

Soalan 1 dan 2 : tiada idea

3d bird

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 31 other followers

%d bloggers like this: